awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meskipun sedikit terlewat, CIA umum bakal miliki akaun Instagram

Agencies
Agencies
23/04/2019
01:42 MYT
Meskipun sedikit terlewat, CIA umum bakal miliki akaun Instagram
Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) bakal melancarkan akaun Instagram - Gambar Motosha & Reuters
Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) bakal melancarkan akaun Instagram, kata Pengarahnya, Gina Haspel.
Haspel yang pada Khamis membuat pengumuman berkenaan di Universiti Auburn, Alabama berkata CIA akan membuat ‘penampilan’ di platform media sosial berkenaan.
Untuk rekod, agensi perisikan itu telah terlebih dahulu mempunyai akaun Facebook dan Twitter.
“Sudah tentu CIA mempunyai akaun Twitter. Bahagian perhubungan awam kami kini bersedia untuk melancarkan akaun Instagram pula,” katanya.
Bagaimanapun, masih tiada sebarang maklumat berhubung tarikh pengumuman rasmi akaun Instagram CIA atau tujuan utama ia didaftarkan.
A perk of working for CIA is world travel. Apparently that sometimes extends to other realms Little birds, be on the lookout for a former deputy director of ours wandering through #Westeros in tonights episode of #GameOfThrones. pic.twitter.com/DBIzIFKoju
— CIA (@CIA) April 22, 2019
Menurut Mashable, sudah terdapat sebuah laman di Instagram yang dilengkapi dengan kod rambang dan hanya menunggu masa untuk dimuat naik.
Dalam pada itu, bercakap kepada The Verge, jurucakap Instagram memberitahu, pasukannya menjalinkan kerjasama dengan CIA sama seperti agensi lain.
“Kami akan berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik terutamanya dari segi latihan dan bimbingan sebaik mereka mendaftar dengan Instagram,” katanya.
Meskipun kedengaran janggal apabila mana-mana platform media sosial bekerjasama dengan agensi perisikan persekutuan, ia bukan sesuatu yang luar biasa.
Sebelum ini, Twitter secara rasminya telah menjalinkan kerjasama dengan agensi perundangan persekutuan AS.
Selepas pilihan raya pada tahun lalu, Twitter turut menjalankan kolaborasi dengan suruhanjaya kongres serta penggubal undang-undang bagi memastikan kelancaran peralihan sesi kepada pemerintahan yang seterusnya.
Sementara itu, turut memiliki akaun Instagram ialah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA).
FBI melalui posting di Intagram dilihat kerap memuat naik gambar bersama pelajar selain latihan penguatkuasa undang-undang manakala TSA pula dengan caranya memuat naik gambar rampasan yang dibuat semasa pemeriksaan keselamatan sebelum menaiki kapal terbang.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#CIA
#Facebook
#FBI
#Instagram
#keselamatan
#media sosial
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan