awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shuib didenda RM10,000 promosi vape
'Pirate Queen: Zheng Yi Sao' jadi filem AI generatif pertama di pawagam Malaysia
Gangguan trafik minimum di KM16.33 NKVE Damansara-Subang malam ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meta menangi kes antitrust AS berkaitan pembelian Whatsapp, Instagram

Bernama
Bernama
19/11/2025
12:46 MYT
Meta menangi kes antitrust AS berkaitan pembelian Whatsapp, Instagram
FTC gagal membuktikan dakwaannya bahawa Meta memonopoli pasaran dan mengekalkan dominasinya dengan membeli pesaing. - Reuters
WASHINGTON: Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat memutuskan bahawa gergasi teknologi Meta bukan sebuah syarikat monopoli dalam pasaran rangkaian sosial, sekali gus menolak kes antitrust yang difailkan oleh Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) berhubung pengambilalihan WhatsApp dan Instagram oleh syarikat itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Hakim Daerah Washington James Boasberg berkata FTC gagal membuktikan dakwaannya bahawa Meta memonopoli pasaran dan mengekalkan dominasinya dengan membeli pesaing.
"Mahkamah akhirnya mendapati bahawa YouTube dan TikTok termasuk dalam pasaran produk, dan kedua-duanya menghalang Meta daripada menguasai monopoli," tulis Boasberg. "Walaupun YouTube dikeluarkan, memasukkan TikTok sahaja sudah cukup untuk menggagalkan kes FTC."
Hakim itu memutuskan bahawa Meta tidak memegang kedudukan monopoli dalam pasaran berkaitan dan membuat keputusan memihak kepada syarikat berkenaan.
FTC menyaman Meta pada 2020 dengan hujah bahawa syarikat itu secara haram mengukuhkan kuasanya dalam pasaran media sosial melalui pembelian Instagram bernilai US$1 bilion pada 2012 dan pengambilalihan WhatsApp bernilai US$19 bilion pada 2014.
Meta turut memiliki Facebook dan Threads.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Meta
#mahkamah
#WhatsApp
#Instagram
#monopoli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan