awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mexico, Perancis meterai kerjasama baharu tingkat hubungan ekonomi dan budaya

Agensi
Agensi
08/11/2025
00:10 MYT
Mexico, Perancis meterai kerjasama baharu tingkat hubungan ekonomi dan budaya
Presiden Macron (kiri) dan Presiden Sheinbaum mengadakan sidang media bersama di Istana Negara, Mexico City, pada Jumaat. - Gambar AP
MEXICO CITY: Mexico dan Perancis mengumumkan satu fasa baharu dalam hubungan strategik mereka dengan memeterai kerjasama ekonomi dan budaya, susulan pertemuan rasmi antara Presiden Claudia Sheinbaum dan Presiden Emmanuel Macron di Istana Negara, di sini.
Lawatan Macron ke Mexico merupakan kunjungan rasmi pertama oleh pemimpin Eropah sejak Sheinbaum memegang jawatan Presiden pada Oktober 2024.
Ia juga menandakan usaha berterusan Mexico untuk memperkukuh hubungan perdagangan dengan Eropah di tengah-tengah ketegangan perdagangan dengan Amerika Syarikat, yang kini mengenakan tarif sehingga 50 peratus ke atas produk Mexico seperti keluli, tembaga dan tomato.
“Pada hari ini, kita membuka lembaran baharu dalam pakatan strategik yang lebih bersifat global,” kata Macron dalam sidang media bersama, sambil mengumumkan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama ekonomi.
Beliau turut memberi jaminan bahawa lebih 700 syarikat Perancis yang beroperasi di Mexico akan terus melabur dan mewujudkan peluang pekerjaan, khususnya dalam sektor aeroangkasa.
Presiden Sheinbaum pula menyatakan bahawa pembaharuan Perjanjian Perdagangan Bebas Mexico-Kesatuan Eropah yang dijadualkan tahun depan bertepatan dengan ulang tahun ke-200 hubungan diplomatik Mexico-Perancis yang akan membuka lebih banyak peluang kerjasama ekonomi.
Dalam aspek budaya, kedua-dua negara bersetuju untuk mengadakan pameran silang manuskrip pra-Hispanik yang dikenali sebagai kodis.
Perancis berjanji akan meminjamkan Kodis Azcatitlan kepada Mexico, manakala Mexico akan mempamerkan Kodis Boturini di Perancis.
“Kodis ini adalah memori hidup sejarah Mexico dan menjadi asas penting dalam hubungan antara Eropah dan Mexico,” kata Sheinbaum.
Kodis Azcatitlan mengandungi maklumat penting mengenai pembangunan Tenochtitlan, ibu kota empayar Mexica, dari penubuhannya sehingga abad ke-17.
Kodis Boturini pula merupakan manuskrip abad ke-16 yang merakamkan migrasi masyarakat Mexica dari tempat asal mereka ke penubuhan Mexico-Tenochtitlan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Emmanuel Macron
#Claudia Sheinbaum
#Perancis-Mexico
#hubungan strategik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan