PRESIDEN Mexico Andres Manuel Lopez Obrador pada Selasa mengumumkan berkabung selama tiga hari sebagai penghormatan istimewa buat mereka yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19.
Hari berkabung itu juga jatuh serentak pada hari 'Day of the Dead' (Hari Orang Mati), cuti umum pada 2 November yang menjadi tradisi di Mexico.
López Obrador berkata, 31 Oktober hingga 2 November akan menjadi hari berkabung rasmi, di mana bendera Mexico akan dikibarkan separuh tiang dan presiden tidak akan menghadiri sebarang aktiviti atau acara.
"Begitu banyak nyawa telah hilang akibat pandemik ini. Kita tak boleh hanya menyebutnya sebagai angka, 90,000 kematian, tetapi ia adalah nyama manusia.
"Ia mencerminkan kesedihan yang begitu besar dialami keluarga dan rakan-rakan," katanya.
Tidak seperti tahun sebelumnya, kali ini, pihak berkuasa meminta penduduk untuk mengelak mengunjungi tempat yang sesak.
Secara keseluruhan, Mexico mencatatkan lebih 89,100 kematian akibat jangkitan COVID-19, manakala kumulatif kes positif adalah 895,000.
Pada hari sama, Datuk Bandar Mexico City, Claudia Sheinbaum mengumumkan beliau juga positif COVID-19, ketika bercakap pada sidang media harian secara maya yang diadakan dari rumahnya.
"Semalam, mereka jalankan ujian ke atas saya dan pada malamnya, mereka menghantar keputusannya, dan ia positif.
"Saya tiada sebarang gejala. Saya akan berada di rumah, sementara doktor akan membuat pemeriksaan susulan ke atas kes saya," katanya sambil menambah, beliau sebelum ini mengambil ujian COVID-19 setiap dua minggu sekali.
Mexico City merekodkan lebih 155,000 kes positif COVID-19 dan sekurang-kurangnya 11,800 kematian.
Astro Awani
Wed Oct 28 2020

Orang ramai membeli oksigen yang digunakan oleh individu yang mengalami gejala berkaitan COVID-19 di Ciudad Juarez, Mexico, 27 Okt, 2020. (Foto AP)

Nasib Orang Utan terkurung di sebalik sangkar
Ada dalam kalangan Orang Utan ini yang menjadi haiwan sarkas dan kurang upaya akibat aktiviti pemburuan haram.

Pertumbuhan global jangka pendek diramal lemah
Ketua Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata ketidaktentuan sangat tinggi dan boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi global. Tahun 2023 kekal menjadi tahun yang mencabar untuk semua.

Impak positif melebihi negatif
Sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) dijangka dilakukan secara berperingkat namun tidak akan mengambil masa yang terlalu lama.

Pembangunan infrastruktur, perdagangan digital antara fokus
Pembangunan infrastruktur adalah kunci kepada jalinan perdagangan kedua-dua negara.

Konvensyen Nasional wujudkan keserasian gabungan - TPM
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei di WTC Kuala Lumpur mampu meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.

Nasib Ramasamy belum diputuskan
Nasib Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy sama ada akan digugurkan atau sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) belum diputuskan kerana senarai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) belum diputuskan.

Lantikan Asyraf Wajdi berdasarkan pengalaman dan kepakaran
Pelantikan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi MARA dibuat atas pengalaman dan kepakaran beliau dalam perbankan Islam.

Majlis iftar rai Anwar di Kemboja
Lawatan rasmi sehari di Kemboja, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diraikan dalam majlis iftar di negara itu. Jelas Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul kadir, majlis itu turut akan dihadiri kira-kira lima ribu tetamu.

Skuad Harimau Malaya B-22 juarai Merlion Cup 2023
Skuad Harimau Malaya B-22 menjuarai Merlion Cup 2023 selepas menewaskan Hong Kong B-22 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam Ahad.

Pembangkang kemuka usul di Dewan Rakyat
Pembangkang akan mengemukakan usul berhubung dakwaan kegagalan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi di Dewan Rakyat. Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kegagalan yang didakwa tersebut merupakan satu tamparan hebat ke atas Malaysia.

'El Chapito' remaja 14 tahun bunuh lapan orang ditahan polis
Jabatan Keselamatan Awam Amerika Utara mengumumkan penahanan itu menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

UFC 285: Alexa Grasso cipta kejutan, rampas kejuaraan dari Shevchenko
Alexa Grasso mencipta sejarah apabila menjadi petarung seni bela diri (MMA) wanita pertama dari Mexico untuk meraih gelaran kejuaraan UFC.

Piala Dunia 2026: FIFA sahkan AS, Mexico, Kanada layak secara automatik
Ketiga-tiga negara itu beroleh hak untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia dalam bidaan mewakili Amerika Utara.

Seorang maut, 57 cedera kereta api bertembung di Bandaraya Mexico
Dua kereta api berlanggar di laluan metro ketiga di Bandaraya Mexico.

29 maut di Mexico susulan penahanan anak raja dadah El Chapo
Ovidio Guzman ditahan kerana pelbagai jenayah termasuk memiliki senjata secara haram dan cubaan membunuh.

Mexico: Penjara diserang, jumlah kematian meningkat kepada 17 orang
Jumlah kematian dalam insiden serangan di penjara Mexico di bandar Ciudad Juarez di utara Chihuahua kini meningkat kepada 17 orang termasuk 10 pengawal penjara.

14 maut dalam serangan bersenjata di penjara Mexico
Daripada jumlah yang terkorban, 10 adalah pengawal penjara manakala empat lagi banduan.

4 kanak-kanak antara 15 maut dalam nahas bas di Mexico
Tiada maklumat lanjut mengenai keadaan kesemua mangsa dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

Empat tengkorak manusia dijumpai dalam bungkusan ke AS
Pihak berkuasa Mexico berjaya memintas sebuah bungkusan yang mengandungi empat tengkorak manusia di lapangan terbang Queretaro, kira-kira 200 kilometer dari barat laut Mexico City.