awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom

Astro Awani
Astro Awani
04/05/2024
01:30 MYT
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Biden dalam ucapan menyifatkan penampilan Yeoh berjaya memecahkan sterotaip sekali gus melangkaui jantina, budaya, bahasa dan dalam masa sama memberikan inspirasi kepada orang ramai menerusi lakonannya. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
Salah seorang penerima anugerah tersebut adalah bintang Hollywood kelahiran Ipoh, Tan Sri Michelle Yeoh yang pernah membawa watak cemerlang sebagai Evelyn Wang dalam filem 'Everything Everywhere All at Once' (EEAAO).
Biden dalam ucapan menyifatkan penampilan Yeoh berjaya memecahkan sterotaip sekali gus melangkaui jantina, budaya, bahasa dan dalam masa sama memberikan inspirasi kepada orang ramai menerusi lakonannya.
"Di dalam dan di luar skrin, Michael Yeoh telah menghancurkan stereotaip dan siling kaca untuk memperkayakan, meningkatkan budaya Amerika.
"Peranannya melangkaui jantina, budaya dan bahasa, mempertahankan diri untuk seni mempertahankan diri, kepada komedi romantis, fiksyen sains, untuk menunjukkan kepada kita apa yang kita semua mempunyai persamaan.
"Sebagai pelakon Asia pertama memenangi Oscar, sebagai pelakon terbaik, dia merapatkan budaya bukan sahaja untuk menghiburkan, tetapi juga memberi inspirasi dan hati terbuka. Dan itulah yang dia terus lakukan. Tahniah," katanya.
View this post on Instagram
A post shared by Michelle Yeoh 楊紫瓊 (@michelleyeoh_official)
Terdahulu, Yeoh juga muncul sebagai bintang Asia pertama meraih kategori Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 pada Mac lalu.
Sementara itu, Biden turut menyampaikan penghormatan kepada atlit renang Katie Ledecky yang pernah memenangi 16 pingat emas individu dan 26 pingat keseluruhan di Kejohanan Akuatik Dunia dan enam pingat emas Olimpik.
Antara senarai penerima lain adalah ahli politik Nancy Pelosi, bekas Senator Elizabeth Dole, bekas Naib Presiden Al Gore, Setiausaha Negara John Kerry dan Datuk Bandar New York terdahulu, Michael Bloomberg.
Topic Berkaitan
#Hollywood
#Joe Biden
#Medal of Freedom
#Michelle Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan