MICROSOFT dijangka akan menawarkan Windows 12 pada tahun ini dengan kemas kini versi baharu ditawarkan setiap tiga tahun.

Sistem operasi baharu ini dikatakan akan memfokuskan AI dengan mengembangkan lagi kemampuan Copilot. Selain turut ingin mementingkan sekuriti dan pengedaran kemas kini yang lebih pantas.

Windows Central baru-baru ini melaporkan yang kehadiran Windows 12 mungkin lebih lewat berbanding jangkaan asal.

Sebaliknya Microsoft akan membawakan kemas kini besar kepada Windows 11 terlebih dahulu. Kemas kini akan diberi nama sebagai Windows 11 24H2.

Ia akan tersedia untuk pengeluar bermula April dan kepada umum menjelang September nanti.

Sumber menyatakan yang Windows 11 24H2 akan membawakan ciri Copilot baharu, perubahan pada Snap Layout, File Explorer sekali lagi akan diubah, begitu juga dengan Quick Settings, Phone Link, Energy Saver dan banyak lagi.

Versi Windows ini turut akan membuang aplikasi seperti Cortana, Mail, Calendar, Maps, People, dan Movies & TV.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai kemas kini ini. -Amanz