awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Microsoft, Google dan Meta dilapor tangguh pembelian cip Nvidia GB200

Amanz
Amanz
14/01/2025
06:30 MYT
Microsoft, Google dan Meta dilapor tangguh pembelian cip Nvidia GB200
Cip kecerdasan buatan Nvidia GB200 Grace Blackwell Superchip dipasarkan sebagai cip melatih AI paling berkuasa di pasaran, menggabungkan dua GPU Nvidia B200 dengan satu CPU Nvidia Grace untuk melatih model dengan 1 trilion parameter. -Amanz
TAHUN lalu, cip kecerdasan buatan Nvidia GB200 Grace Blackwell Superchip dipasarkan sebagai cip melatih kecerdasan buatan (AI) paling berkuasa di pasaran.

Ringkasan AI
  • Cip kecerdasan buatan Nvidia GB200 Grace Blackwell Superchip dipasarkan sebagai cip melatih AI paling berkuasa di pasaran, menggabungkan dua GPU Nvidia B200 dengan satu CPU Nvidia Grace untuk melatih model dengan 1 trilion parameter.
  • Microsoft, Google, Meta, dan Amazon menangguhkan pembelian GB200 kerana isu pemanasan dan pepijat pada sambungan cip, walaupun Nvidia mengatakan isu ini telah diselesaikan.
  • Nvidia menerima tempahan untuk GB200 bernilai AS$10 bilion selepas cip dilancarkan, tetapi laporan muncul pada hari yang sama AS mengumumkan sekatan jualan cip AI berkuasa tinggi kepada negara bukan sekutu rapat seperti Malaysia dan Singapura.

Ia menggabungkan dua GPU Nvidia B200 dengan satu CPU Nvidia Grace yang membolehkan ia melatih model dengan 1 trilion parameter.
Hari ini, The Information melaporkan Microsoft, Google, Meta dan Amazon adalah antara pelanggan yang menangguhkan pembelian GB200 kerana isu pemanasan dan pepijat pada sambungan cip pada rak pelayan yang digunakan.
Isu ini sudah didengari sejak Ogos lalu dengan Nvidia mengatakan ia telah pun diselesaikan.
Tetapi penangguhan yang berlaku semasa isu diselesaikan membuatkan pelanggan menangguhkan pembelian terlebih dahulu.
OpenAI, misalnya, memilih membeli cip H100 yang lebih lama daripada terus menunggu.
Nvidia dilaporkan menerima tempahan untuk GB200 bernilai AS$10 bilion daripada pelanggan selepas cip dilancarkan Mac tahun lalu.
Laporan muncul pada hari yang sama Amerika Syarikat mengumumkan sekatan jualan cip AI berkuasa tinggi kepada negara yang bukan sekutu rapat seperti Malaysia dan Singapura. -Amanz
Topic Berkaitan
#NVIDIA
#Meta
#Amazon
#Nvidia GB200 Grace Blackwell Superchip
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan