Migran dari seluruh Asia dan Pasifik memainkan peranan utama menggerakkan pembangunan, membantu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di negara destinasi, sambil membantu keluarga dan komuniti di negara asal mereka.
Laporan Migran Asia Pasifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2015 bertajuk 'Sumbangan Migran Kepada Pembangunan' yang dikeluarkan hari ini, bagaimanapun menyebut manfaat penghijrahan masih kurang diakui.
"Laporan mendapati banyak pekerja migran tidak sahaja mendapat faedah daripada penghijrahan mereka, tetapi turut menyumbang kepada pembangunan di negara asal dan negara destinasi menerusi kerja mereka dan wang yang dihantar pulang," tambah laporan itu.
Begitupun, menurut laporan itu migran turut berdepan kesukaran dan penderaan. Justeru tindakan perlu diambil untuk memaksimumkan faedah yang ada dengan memastikan perhijrahan dibuat secara teratur, selamat dan bertanggungjawab.
Laporan itu juga menyebut, ia mendapati lebih 95 juta orang dari negara Asia dan Pasifik tinggal di luar negara mereka dilahirkan dengan rantau berkenaan menempatkan 59 juta migran, majoritinya pekerja sementara.
Rantau Asia Pasifik menempatkan lebih daripada 5.5 juta pelarian dan tiga daripada negara utama menempatkan pelarian di dunia ini adalah di rantau tersebut.
Bernama
Mon Feb 29 2016
Laporan mendapati banyak pekerja migran tidak sahaja mendapat faedah daripada penghijrahan mereka, tetapi turut menyumbang kepada pembangunan di negara asal dan negara destinasi. - Gambar fail
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Migran bantu ekonomi negara destinasi, negara asal - PBB
Tindakan perlu diambil untuk memaksimumkan faedah yang ada dengan memastikan perhijrahan dibuat secara teratur, selamat dan bertanggungjawab.