awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iskandar Ismail berjaya muncul juara Gegar Vaganza 12
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Migrasi bersih United Kingdom merosot hampir 80 peratus sejak 2023

Bernama
Bernama
27/11/2025
20:30 MYT
Migrasi bersih United Kingdom merosot hampir 80 peratus sejak 2023
BBC melaporkan, terdapat 51,000 ketibaan yang dikesan memasuki UK melalui laluan tidak sah - termasuk bot kecil serta laluan tersembunyi seperti lori dan van - dalam tempoh setahun sehingga September 2025. - Gambar fail/REUTERS
LONDON: Migrasi bersih Britain menurun hampir 80 peratus daripada paras tertinggi 944,000 dalam tempoh 12 bulan sehingga Mac 2023, menurut angka rasmi yang dikeluarkan pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.
Data awal dari Pejabat Statistik Negara (ONS) menunjukkan migrasi bersih menambah 204,000 orang kepada populasi United Kingdom (UK) antara Julai 2024 dan Jun 2025, penurunan hampir 70 peratus daripada angka tahun sebelumnya iaitu sekitar 650,000.
Menurut angka tersebut, jumlah itu merupakan penurunan 80 peratus daripada paras tertinggi hampir satu juta orang, iaitu 944,000, dalam tempoh 12 bulan sehingga Mac 2023.
Ia juga adalah angka terendah sejak pandemik COVID-19, yang mencatatkan 132,000 dalam tempoh 12 bulan sehingga Mac 2021.
Data ONS turut menunjukkan 898,000 orang berhijrah masuk ke UK antara Julai 2024 dan Jun 2025, iaitu penurunan lebih 400,000 orang berbanding tempoh tahun sebelumnya.
Sementara itu, memetik angka Kementerian Dalam Negeri, BBC melaporkan bahawa terdapat 51,000 ketibaan yang dikesan memasuki negara itu melalui laluan tidak sah - termasuk bot kecil serta laluan tersembunyi seperti lori dan van - dalam tempoh setahun sehingga September 2025.
Daripada jumlah itu, ketibaan melalui bot kecil merangkumi 46,000 orang.
Warga yang paling ramai tiba melalui bot kecil ialah Eritrea (17 peratus), Afghanistan (13 peratus), Iran (11 peratus), Sudan (10 peratus) dan Somalia (8 peratus).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#migrasi bersih
#penghijrahan manusia
#United Kingdom
#bot kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan