awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mike Tyson dakwa drama TV curi kisah hidupnya

Sinar Harian
Sinar Harian
09/08/2022
03:15 MYT
Mike Tyson dakwa drama TV curi kisah hidupnya
Mike Tyson berkata beliau tidak menyokong cerita mereka tentang hidupnya. - Foto fail
LOS ANGELES: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson ini menuduh sebuah drama siri televisyen telah mencuri kisah hidupnya.
Drama bersiri yang berjudul Mike itu akan ditayangkan pada waktu perdana di perkhidmatan penstriman Hulu di Amerika Syarikat (AS) pada 25 Ogos depan.
Ia merupakan drama yang melakonkan semula detik-detik kehidupannya yang kontroversi itu dari zaman kanak-kanak sehingga sabitan rogol pada tahun 1992.
"Hulu adalah versi penstriman 'tuan hamba'. Mereka mencuri cerita saya dan tidak membayar saya," tulis Tyson di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Dia menambah: "Saya tidak menyokong cerita mereka tentang hidup saya. Ini bukan 1822. Ini 2022. Mereka mencuri kisah hidup saya dan tidak membayar saya.
"Kepada eksekutif Hulu, saya hanyalah seorang yang mereka boleh jual di blok lelong," tulisnya.
Majoriti saham Hulu itu dimiliki oleh Disney dan ia hanya boleh ditonton di AS.
Drama itu menggambarkan Tyson dibuli ketika kecil dan sering dimasukkan ke dalam penjara ketika usia remaja selepas menyertai kumpulan jalanan Brooklyn serta zaman permulaan dalam sukan tinju.
Pencipta dan penulis skrip Steven Rogers baru-baru ini berkata, bahawa dia telah melakukan penyelidikan dan mendapatkan semua pendapat yang berbeza serta tidak bergantung kepada satu sumber sahaja untuk menulis cerita tersebut. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#Mike Tyson
#hulu
#kisah hidup
#Disney
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan