DALAM usia yang masih muda di mana rakan-rakan seusianya mungkin masih ingin bermain tanpa memikirkan masa depan, namun tidak bagi kanak-kanak ini.
Clovis Hung, seorang kanak-kanak dari California yang berusia 12 tahun telah berjaya melakukan sesuatu hal yang luar biasa apabila berjaya mendapatkan lima ijazah di usia yang masih mentah.
Dia berjaya melakukan semua ini melalui hasil didikan di rumah dan menamatkan pengajiannya bersama rakan sekelas yang lain.
Menurutnya, dia mendapat inspirasi untuk menghadiri Kolej Fullerton selepas melihat Jack Rico iaitu seorang remaja berusia 16 tahun mendaftar dan menamatkan pengajian dengan empat ijazah pada usia muda 13 tahun.
Clovis bagaimanapun berjaya mengatasi rekod itu dan telah menjadi graduan termuda dalam sejarah Fullerton.
Beliau telah menamatkan pengajiannya dengan lima ijazah Bersekutu Seni dalam Sejarah, Sains Sosial, Tingkah Laku Sosial dan Pembangunan Diri, Seni dan Ekspresi Manusia, serta Sains dan Matematik.
Fullerton mempunyai program khas yang membolehkan pelajar menghadiri kolej mereka sambil melengkapkan kurikulum homeschool.
Clovis dan ibunya mengakui agak sukar untuk melakukannya lebih-lebih lagi dengan pembahagian masa. Bagaimanapun, usahanya berjaya membuahkan hasil.
“Soalan pertama yang biasa ditanya oleh profesor dan rakan sekelas ialah berapa umur saya. Mereka terkejut dengan apa yang saya buat di sini dan sentiasa ingin tahu tentang markah kuiz dan peperiksaan saya.
“Namun, selepas itu, saya telah menunjukkan sikap yang serius terhadap pelajaran saya. Membuatkan mereka semua percaya pada keupayaan dan keazaman saya untuk mendapat gred yang baik,” katanya. -Keluarga
Keluarga
Sat Jun 03 2023
Clovis Hung berjaya melakukan sesuatu yang luar biasa apabila berjaya merangkul lima ijazah di usia yang masih mentah. -Keluarga
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
Miliki lima ijazah di usia 12 tahun, kanak-kanak ini atasi rekod graduan termuda
Dia berjaya melakukan semua ini melalui hasil didikan di rumah dan menamatkan pengajiannya bersama rakan sekelas yang lain.