Misi FFC dan TMTG: Pencerobohan mengejut, kapal diserbu 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

Pasukan peguam Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) sudah bersedia untuk mewakili semua aktivis di kapal misi kemanusiaan berkenaan.
KUALA LUMPUR: Pencerobohan tentera Israel ke atas sembilan kapal membawa aktivis misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) pada jam 10.05 pagi (waktu tempatan) disifat mengejutkan, kerana berlaku di kedudukan 120 batu nautika dari perairan Gaza.
Ringkasan AI
- Pencerobohan tentera Israel ke atas sembilan kapal misi kemanusiaan FFC x TMTG berlaku secara mengejut di kedudukan 120 batu nautika dari Gaza, jauh lebih awal berbanding kebiasaan pemintasan di bawah 100 batu nautika.
- Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengesahkan kehilangan komunikasi dengan kesemua sembilan rakyat Malaysia dalam misi tersebut, dengan maklumat terakhir diterima sekitar jam 4 pagi mengenai kehadiran dron dan bot laju menghampiri kapal Conscience.
- Kesemua kapal dijangka dibawa ke Pelabuhan Ashdod dalam tempoh 24 jam, dan pasukan peguam ADALAH di Israel telah dimaklumkan, manakala Kerajaan Malaysia akan berhubung dengan Turkiye bagi membantu proses membawa pulang rakyat Malaysia.
“Kita tidak jangka seawal ini kerana kesemua kapal berkenaan berada jauh dari kawasan yang selalu dipintas (tentera Israel),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat MyCARE di sini, hari ini.
Tambah beliau, pihaknya sudah terputus hubungan komunikasi dan tidak lagi dapat berhubung dengan kesemua sembilan rakyat Malaysia yang mengikuti misi kemanusiaan berkenaan.
Katanya, kali terakhir mereka menghantar maklumat adalah mengenai kehadiran dron dan bot laju yang menghampiri kapal Conscience, pada kira-kira jam 4 pagi (waktu tempatan), sebelum terputus hubungan.
“Kita jangka kesemua kapal berkenaan akan dibawa dari perairan (antarabangsa berhampiran) Mesir ke Pelabuhan Ashdod oleh pihak berkuasa Israel dalam tempoh 24 jam. Jadi kemungkinan mereka akan tiba di pelabuhan itu esok,” katanya.
Katanya, pasukan peguam Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) sudah dimaklumkan mengenai penahanan itu dan bersedia mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu.
Beliau berkata, pihak Kerajaan akan berhubung dengan Kerajaan Turkiye untuk membantu proses membawa pulang rakyat Malaysia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami