awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juruukur didakwa bunuh ibu, adik angkat
Pendatang Israel luaskan pos penempatan haram di Tebing Barat
10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di timur Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi kemanusiaan: ICRC gesa operasi menyelamat mangsa di Gaza

Astro Awani
Astro Awani
04/06/2021
00:10 MYT
Misi kemanusiaan: ICRC gesa operasi menyelamat mangsa di Gaza
Robert Mardini (tengah) berbual dengan penduduk tempatan ketika melawat Gaza yang diserang tentera udara Israel, Kota Gaza, 2 Jun, 2021. -REUTERS
JAWATANKUASA Antarabangsa Palang Merah (ICRC) bersedia untuk berbincang bersama pemimpin Palestin dan Israel dalam usaha mencari mangsa yang terkorban susulan pertempuran 11 hari antara rejim zionis Israel dan Hamas.
Kesepakatan keputusan tersebut boleh dijayakan walaupun belum ada pengesahan antara kedua-dua pihak.
"Ahli keluarga berhak tahu sama ada orang kesayangan mereka telah terkorban atau masih hidup," kata Ketua Pengarah ICRC, Robert Mardini pada satu sidang media di Baitulmaqdis, pada Khamis.
Pada masa sama, beliau berkata, ICRC meminta bantuan dana berjumlah AS$10 juta sebagai rayuan awal untuk menangani krisis kesihatan di Gaza yang turut dilanda pandemik COVID-19.
“Fokus kami adalah untuk mengutamakan keperluan di Gaza dan kami memohon untuk pertambahan dana 10 juta Swiss France, yang mana lebih sedikit berbanding 11 juta dolar sebagai dana rayuan.
"Antara contoh yang dilakukan oleh pasukan kami adalah menggerakan sekumpulan pakar bedah yang tiba di Gaza untuk melakukan operasi menyelamat di Hospital Shifa.
“Salah satu keutamaan kami juga adalah membawa bekalan perubatan untuk menyokong sistem kesihatan yang lumpuh akibat COVID-19, pastinya ia berbeza di Gaza berbanding di Israel,” katanya.
Serangan rejim Israel terhadap bumi Palestin selama 11 hari yang berakhir dengan gencatan senjata 21 Mei lalu membunuh 254 penduduk Palestin termasuk 66 kanak-kanak.
Serangan terbaharu Israel terhadap Palestin beberapa minggu lalu menyaksikan lebih 17,000 kediaman dan bangunan musnah yang menyebabkan lebih 15,000 keluarga umat Islam kehilangan tempat berteduh.
Topic Berkaitan
#Hamas
#Israel
#Gaza
#ICRC
#Palestin
#COVID-19
#Zionis
#dana rayuan
#operasi menyelamat
#Robert Mardini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan