Misi mencari dan menyelamat banjir di seluruh Timur Laut Jepun diteruskan hari ini.
Menurut pihak berkuasa, angka korban banjir akibat Taufan Etau itu disahkan tiga orang sementara ratusan yang lain masih lagi terperangkap.
Kawasan paling teruk terjejas adalah wilayah Tochigi dan Miyagi ke Utara Tokyo.
Sebahagian besar mangsa yang hilang direkodkan adalah dari bandar Joso.
Hujan lebat mengakibatkan paras air Sungai Kinugawa meningkat sehingga melimpah ke kawasan berhampiran.
"Air naik terlalu cepat. Dalam sekelip mata, ia sudah berada pada paras pinggang. Paling teruk apabila kereta yang bersaiz kecil ditelenggami air," demikian menurut pasangan warga emas, Seiji Horikoshi dan Yoko Horikoshi yang diselamatkan pasukan penyelamat dari atas bumbung sebuah pasaraya.
Dalam pada itu, pihak berkuasa turut memberi amaran, hujan lebat berterusan mengundang risiko banjir lumpur dan tanah runtuh.
Hujan lebat yang membawa bersama Taufan Etau itu melanda Jepun awal minggu ini.
Di Tochigi dan Ibaraki, lebih 100,000 penduduk diarah berpindah dan mengosongkan kediaman mereka .
Sebelum ini, arahan sama dikeluarkan kepada 410,000 penduduk di Sendai, ibu kota Miyagi selepas Sungai Nanakitagawa melimpah, sekaligus menghayutkan rumah-rumah di kawasan sekitar.
Perdana Menteri ikrar terus bantu mangsa
Sementara itu, Perdana Menteri, Shinzo Abe mengulangi komitmen untuk terus membantu dan mencari mangsa banjir yang masih terperangkap.
Dalam mesyuarat kabinet tergemparnya hari ini, Abe turut mengerahkan semua jabatan kerajaan bekerjasama membantu dalam urusan pemindahan mangsa terlibat.
"Kawasan yang terjejas akibat banjir terus kritikal dengan hujan lebat kini melanda utara Jepun serta Sungai Miyagi. Saya telah mengarahkan semua jabatan berkaitan supaya bekerjasama menangani situasi ini.
"Kita akan terus buat yang terbaik dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa mangsa terlibat," katanya.dalam satu sidang media di sini, hari ini.
GALERI FOTO: Taufan Etau Melanda Jepun
Astro Awani
Fri Sep 11 2015
Kawasan paling teruk terjejas adalah wilayah Tochigi dan Miyagi ke Utara Tokyo. - Foto AP
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.