awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi siasat asal-usul COVID-19 banyak guna data China - WHO

Astro Awani
Astro Awani
09/02/2021
22:28 MYT
Misi siasat asal-usul COVID-19 banyak guna data China - WHO
Jelas Fischer, itu adalah amalan biasa untuk hanya memiliki akses ke data gabungan disebabkan status sebagai pakar luar. - The Royal Danish Academy of Sciences and Letters
BEIJING:Siasatan berhubung asal-usul koronavirus di Wuhan bergantung kepada data yang telah dianalisis dan disampaikan oleh pakar China.
Perkara ini disahkan salah seorang anggota pasukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyiasat asal-usul koronavirus SARS-CoV-2 dan merupakan pakar dari Denmark, Thea Koelsen Fischer.
BACA: WHO sangkal teori virus punca COVID-19 dihasil di makmal China
Jelasnya, itu adalah amalan biasa untuk hanya memiliki akses ke data gabungan disebabkan status sebagai pakar luar.
"Baiklah, jika saya benar-benar menjawab soalan itu, dapat dikatakan, saya mengesahkan bahawa jika saya mempunyai data mentah di tangan, dengan situasi yang berbeza, itu tidak akan berlaku.
“Saya harus bergantung kepada sejumlah besar data yang telah dianalisis dan disampaikan kepada saya.
"Tetapi saya tidak mempunyai data mentah, seperti yang berlaku di kebanyakan negara lain di dunia sebagai orang luar dan melihat kepada individu yang mengenali data.
“Anda kemungkinan besar, dalam kebanyakan senario mendapat akses ke data gabungan seperti dalam kes ini,” katanya.
Fischer memaklumkan sudah diberi lampu hijau untuk bertemu dengan perwakilan dari pusat penderma darah Wuhan.
Dalam pertemuan itu, penyiasat WHO mengemukakan bukti bahawa sampel darah lebih lanjut disediakan.
Wakil China juga terbuka untuk kajian bersama di masa depan.
Topic Berkaitan
#WHO
#COVID-19
#Wuhan
#data china
#Thea Koelsen Fischer
#asal-usul koronavirus
#SARS-COV-2
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan