LEBIH 30 tahun sejak telefon ‘Garfield’ berwarna jingga dilaporkan sering ditemui terdampar di pantai Finistere, Perancis.
Akhirnya misteri terbongkar!
“Persatuan kami telah wujud sejak 18 tahun lalu dan hampir setiap kali kami membersihkan pantai, kami pasti akan jumpa serpihan telefon Garfield,” kata Claire Simonin, ketua kumpulan pembersihan pantai Ar Viltansou di Brittany.
Seorang penduduk tempatan mendedahkan bahawa dia pernah menemui satu kontena yang hanyut susulan ribut sekitar 1980-an.
Rupanya, kontena itu tersekat dalam gua yang sebahagiannya ditenggelam air dan hanya boleh didekati sewaktu air surut.
Kata Simonin kepada sebuah agensi berita, “Dia beritahu kami di mana terletaknya kontena itu… Ia amat membahayakan.”
“Kami jumpa satu fisur (rekahan) yang dalamnya 30 meter dan di bahagian bawah sekali, memang wujud serpihan kontena itu.
“Di bawah batu-batu besar di hadapan fisur itu, kami jumpa 23 telefon 'Garfield' yang masih lengkap dengan bahagian elektronik dan wayar. Ia berselerak di serata tempat,” tambah beliau.
Namun, kisah misteri itu masih belum menemui kesudahannya.
“Kami tidak tahu lagi apa yang terjadi pada waktu itu - mana datangnya kontena itu dan dari bot mana,” kata Fabien Boileau, Pengarah Taman Alam Sekitar Marin Iroise di Finistere.
Watak 'Garfield' merupakan ciptaan pelukis Jim Davis yang diwujudkan sejak lewat 1970-an dan ia pesat berkembang menjadi siri televisyen dan filem di mana Garfield disuarakan oleh pelakon terkenal, Bill Murray. - Sumber Agensi
Agensi
Sat Mar 30 2019

Serpihan telefon 'Garfield' yang sering ditemui oleh kumpulan pembersihan pantai tempatan, Ar Viltansou. - FOTO FACEBOOK CLAIRE SIMONIN / AR VILTANSOU

AWANI Ringkas: Tiada hukuman jika enggan disuntik vaksin

8 kesalahan ketika menggunakan 'air fryer' yang ramai tak tahu
Sama seperti perkakasan dapur yang lain, penggunaan yang betul boleh memanjangkan hayat fungsinya dan memberi hasil masakan yang terbaik.

Kesalingbergantungan antara politik dan ekonomi
Situasi ini cukup memperlihatkan bahawa majoriti dua pertiga amat perlu bagi menjamin kestabilan politik negara

Pas tangguh muktamar selepas PRU15
Penangguhan muktamar termasuk pemilihan diputuskan dalam mesyuarat pimpinan Pas bagi menumpukan soal pilihan raya.

CPR rawatan yang perlu bagi mangsa lemas, pesakit yang tidak bernafas
Laporan sedemikian boleh disalah tafsir dan menyebabkan masyarakat memberi persepsi negatif terhadap respons CPR.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [7 Mac 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [7 Mac 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894070/8343692241615077674561_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [7 Mac 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan juga Hafizi Rosli dalam #AWANIpagi 7 Mac 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi: 1. Perkembangan lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi 2. Perkembangan Program Vaksinasi COVID-19 #AWANIpagi #AWANInews #HapusCOVID19

Gubal akta anti lompat parti perlu sokongan dua pertiga - Takiyuddin
Takiyuddin menjelaskan, sekiranya perkara berkenaan tidak dipinda, ia boleh dicabar oleh mana mana pihak di mahkamah.

AWANI Ringkas: Senat lulus pakej bantuan AS$1.9 trilion

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lebih 116.36 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 116.36 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Politik | Pemuda MCA lulus lapan resolusi pada AGM ke-56
Sebanyak lapan resolusi yang dikemukakan pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-56 hari ini diluluskan sebulat suara.

Misteri telefon Garfield sering terdampar di pantai selama 30 tahun terbongkar!
Lebih 30 tahun sejak telefon Garfield berwarna jingga sering terdampar di pantai Finistere, Perancis - akhirnya misteri terbongkar.

Cartoon Network mahu jalin kerjasama dengan pembangun animasi tempatan
Rangkaian televisyen kanak-kanak nombor satu Amerika, Cartoon Network berhasrat untuk bekerjasama dengan pembangun animasi tempatan untuk merancakkan lagi industri kandungan kreatif.

Cartoon Network buka taman tema air pertama di Thailand
Taman tema air Cartoon Network yang pertama akan dibuka untuk julung kalinya pada bulan ini di Thailand.

Taman tema Marvel & Cartoon Network di Dubai
Pemaju untuk taman tema Komik Marvel di Dubai mengumumkan bahawa pusat hiburan dalaman yang pada asalnya dijadualkan dibuka pada bulan Jun akan dibuka pada bulan Disember.