DUNIA

Mnangagwa diisytihar menang pilihan raya Zimbabwe

Sinar Harian 03/08/2018 | 01:23 MYT
Mnangagwa pada hari membuang undi di sebuah sekolah di Kwekwe, Zimbabwe, 30 Julai, 2018. REUTERS
Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa diisytiharkan memenangi pilihan raya negara itu, selepas keputusan rasmi diperoleh awal hari ini.

Mnangagwa yang juga bekas sekutu Robert Mugabe memperoleh 50.8 peratus undi, mendahului jumlah undi 44.3 peratus yang dimiliki parti MDC, pimpinan Nelson Chamisa.

Berikutan keputusan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya Zimbabwe mengumumkan Mnangagwa sebagai pemenang.

Terdahulu, keputusan itu dicemari dengan tuduhan pembangkang bahawa berlaku penipuan hingga memaksa pasukan keselamatan mengawal keadaan bagi menghalang tunjuk perasaan.

BACA: Pilihan raya Zimbabwe: Keadaan tidak terkawal

VIDEO: Kempen pusingan akhir pilihan raya Zimbabwe

BACA: Keganasan tidak mampu bunuh impian wujudkan Zimbabwe yang baharu


Pada Rabu, sekurang-kurangnya tiga penyokong pembangkang maut semasa membantah keputusan pilihan raya itu di Harare. - Agensi




#Emmerson Mnangagwa #mdc #pembangkang #penipuan #pilihan raya #presiden #Robert Mugabe #tunjuk perasaan #Zimbabwe