awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Modi, Starmer luah rasa terkejut atas nahas Air India bawa 242 penumpang dan kru

Bernama
Bernama
12/06/2025
22:30 MYT
Modi, Starmer luah rasa terkejut atas nahas Air India bawa 242 penumpang dan kru
Perdana Menteri Modi dan Perdana Menteri Starmer terkejut dan dukacita atas nahas pesawat Air India yang dalam penerbangan ke London. - Gambar Reuters
NEW DELHI: Perdana Menteri India, Narendra Modi pada Khamis meluahkan rasa terkejut dan dukacita atas nahas pesawat Air India yang dalam penerbangan ke London dan terhempas sejurus berlepas dari Ahmedabad, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Tragedi di Ahmedabad ini amat mengejutkan dan menyedihkan. Ia sungguh memilukan. Dalam saat dukacita ini, ingatan saya saya bersama semua yang terkesan dengan insiden ini. Saya juga telah berhubung dengan menteri dan pihak berkuasa yang sedang berusaha menyalurkan bantuan kepada mangsa," kata Modi menerusi hantaran di platform X.
Pesawat Air India penerbangan AI171 yang membawa 242 orang terhempas di kawasan perumahan Meghaninagar sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di negeri Gujarat, barat India, menurut Jabatan Penerbangan Awam India.
Menurut Air India, pesawat itu membawa 169 warganegara India, 53 warga Britain, tujuh warga Portugal, seorang warga Kanada, serta dua juruterbang dan 10 kru kabin.
Perdana Menteri Britain, Keir Starmer menyifatkan kejadian itu sebagai "kejutan besar," dan dalam kenyataan di platform X beliau berkata: "Saya sedang menerima maklumat terkini mengenai keadaan ini, dan fikiran saya bersama para penumpang serta keluarga mereka dalam saat yang sangat meresahkan ini."
Imej yang dikongsi oleh Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat India (CISF) menunjukkan bangkai pesawat tertanam di beberapa bangunan dalam kawasan penempatan padat.
Kerja menyelamat dan bantuan kecemasan sedang dijalankan, manakala mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital.
Setakat ini, angka korban rasmi belum diumumkan.
Namun, penyiar tempatan NDTV melaporkan bahawa pesawat itu telah merempuh asrama sebuah kolej perubatan, mengakibatkan sekurang-kurangnya lima pelajar maut dan beberapa lagi cedera, yang kini sedang dirawat di hospital berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas Air India
#Air India terhempas
#Ahmedabad
#penerbangan AI171
#PM India
#PM Britain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan