SAMARKAND: Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Uzbekistan membuka peluang kepada kerjasama pendidikan tinggi apabila Universiti Utara Malaysia (UUM) menandatangani tiga Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) dengan institusi pendidikan tinggi negara itu.
Perdana Menteri turut menyaksikan majlis memeterai MoA yang berjalan serentak dengan penganjuran Forum Perniagaan Uzbekistan-Malaysia Peringkat Tinggi di Samarkand.
UUM diwakili Naib Canselor, Prof. Dr Mohd Foad Sakdan manakala rektor Banking and Finance Academy (BFA) diwakili Dr Khoshimov Elmurod.
Menerusi kerjasama itu, ia mengukuhkan lagi kerjasama pendidikan tinggi UUM di peringkat global apabila turut melibatkan Oriental University (OU), Tashkent International University of Financial Management and Technologies (TIFT) dan Tashkent State University of Economics (TSUE).
OU dan TIFT dan masing-masing diwakili Rektor Azizkhon Nodirov dan Prof. Murodjon Ubaydullaevich Akhmedov, manakala TSUE oleh rektornya, Prof. Teshabayev To’lqin Zakirovich.
“Kerjasama ini akan menggalakkan lagi kerjasama akademik, pertukaran dan perkongsian antara UUM dan institusi pendidikan tinggi terlibat. Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) dan BFA bertujuan mewujudkan satu sekolah perniagaan yang kukuh di Uzbekistan selain meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dan kerjasama antarabangsa.
“Program Master of Business Management (MBM) ditawarkan OYAGSB akan diserap ke dalam program BFA Global MBA dan kerjasama ini akan meningkatkan standard pengajian perniagaan melalui penekanan kepada pengetahuan komprehensif dan kemahiran kepimpinan,” jelas Prof. Dr Mohd Foad.
BFA sebelum ini dikenali kerana mempunyai program MBA yang cemerlang akan terus memastikan kualiti kursus diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Selain itu, kerjasama strategik ini bermatlamat meningkatkan lagi lanskap pendidikan kedua-dua negara menerusi penawaran pendidikan tinggi bidang perniagaan termasuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi serta pembangunan.
Turut menandatangani MoU sempena lawatan Perdana Menteri ke Uzbekistan ini adalah School of Quantitative Sciences (SQS) dengan TIFT dan TSUE serta Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) dengan OU.
MoU yang dimeterai tertumpu kepada usaha meningkatkan kerjasama di dalam bidang penyelidikan, akademik dan penerbitan bersama.
SQS akan menjadi penganjur seminar antarabangsa di TSUE pada Oktober tahun hadapan dengan fokus memanfaatkan kaedah kuantitatif untuk menghasilkan inovasi di dalam era digital.
Inisiatif lain yang termaktub di bawah MoU dan MoA ini adalah melibatkan program pertukaran pelajar dan kakitangan serta pemberian geran padanan.
Anwar melakukan lawatan rasmi ke Uzbekisan atas jemputan Presiden Shavkat Mirziyoyev dengan misi meningkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang.
Astro Awani
Sat May 18 2024

Anwar menyaksikan majlis menandatangani MoA antara UUM dan BFA sempena Forum Perniagaan Uzbekistan-Malaysia Peringkat Tinggi di Samarkand - Gambar UUM
Laut hitam kunci bekalan makanan dunia - PBB
PBB menegaskan perjanjian kebebasan navigasi di Laut Hitam penting untuk melindungi kapal awam, menjamin eksport bijirin, dan mengekalkan kestabilan rantaian bekalan makanan global.
Melaka terima peruntukan RM9 juta bangunkan industri akuakultur
Sejumlah RM9 juta ringgit diperuntukkan kepada kerajaan negeri Melaka untuk membangunkan industri akuakultur di negeri itu.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyatakan inisiatif ini akan mengenal pasti nelayan terjejas dan kawasan berpotensi untuk ternakan kerang, ikan siakap, kupang, dan kepah.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyatakan inisiatif ini akan mengenal pasti nelayan terjejas dan kawasan berpotensi untuk ternakan kerang, ikan siakap, kupang, dan kepah.
'Terror', 'Alamak' pun dah masuk Oxford
Istilah 'alamak' kini merupakan sebahagian daripada beberapa perkataan dari Malaysia dan Singapura yang kini rasmi menjadi sebahagian daripada Oxford English Dictionary (OED).
Minyak masak terpakai kini menjadi komoditi utama dalam penghasilan SAF
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata minyak masak terpakai kini menjadi komoditi penting.
Ini kerana ia boleh digunakan sebagai bahan asas untuk penghasilan bahan api penerbangan mampan (SAF) yang rendah pelepasan karbon.
Ini kerana ia boleh digunakan sebagai bahan asas untuk penghasilan bahan api penerbangan mampan (SAF) yang rendah pelepasan karbon.

Selamat tinggal DALL-E, ChatGPT kini jana dan sunting imej dengan GPT-4o
GPT-4o menghasilkan imej yang lebih tepat dan jelas, serta memahami teks dengan lebih mendalam.

Bayaran STR serikan sambutan Aidilfitri
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bermula Isnin memberikelegaan dan menyemarakkan kegembiraan buat penerimanya
KPM wajibkan pemakaian lencana Jalur Gemilang mulai 21 April
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mewajibkan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya bermula 21 April 2025 secara berperingkat. Setiap murid akan menerima dua unit lencana secara percuma untuk sesi persekolahan 2025/2026. Langkah ini melibatkan sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan tujuan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid dan pendidik.
Hari kelepasan am gantian negeri Sabah pada 2 April
30 Mac ditetapkan sebagai hari kelepasan am bagi negeri Sabah sempena ulang tahun rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
Tahap kesiapsiagaan hospital pada tahap tertinggi - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menegaskan bahawa kesiapsiagaan hospital, khususnya Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD), berada pada tahap tertinggi sepanjang musim Hari Raya Aidilfitri ini, dengan penggiliran cuti petugas dan pengurusan SMART Bed Monitor System (SBMSys) yang cekap.
2.77 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya utama sempena Aidilfitri ini
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan trafik kepada 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. Langkah-langkah seperti pengaktifan Smart Lane di 28 lokasi, larangan pemanduan kenderaan barangan pada 29-30 Mac dan 5-6 April, serta penambahan kemudahan sementara di lebuh raya diambil bagi mengurangkan kesesakan. Pengguna digalakkan merancang perjalanan dengan merujuk aplikasi MyPLUS-TTA dan Travel Time Advisory (TTA) serta mendapatkan kemas kini trafik melalui media sosial LLM atau Pusat Pengurusan Trafik LLM yang beroperasi 24 jam.

Hari Kebangsaan Singapura: Sama-sama Maju ke Hadapan
SINGAPURA menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55 pada 9 Ogos 2020.