SHANGHAI: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof berkata setakat ini terdapat beberapa produk yang sedang dikomersialkan di China hasil daripada usaha Institut Penyelidikan dan Perkhidmatan Teknikal Sawit MPOB (PORTSIM).
"Setakat ini, kita amat berpuas hati dengan apa yang telah dihasilkan dan seterusnya kita perlu lihat bagaimana kita boleh perluaskan lagi penghasilan produk yang dapat di hasilkan dari PORTSIM yang sesuai dengan cita rasa dan kesesuaian pasaran di negara China.
"PORTSIM telah berjaya memberikan solusi dan membantu pihak industri menggantikan kaedah pengeluaran mereka dengan menggunakan minyak sawit," katanya kepada media selepas lawatan beliau ke PORTSIM, di sini, hari ini.
Fadillah berkata, sebelum ini syarikat di negara tersebut menggunakan bahan lain bagi penghasilan produk mereka tetapi kini bagi memenuhi permintaan pasaran yang lebih besar mereka menggantikannya dengan menggunakan minyak sawit yang diiktiraf halal dan sesuai untuk menembusi pasaran dunia Islam.
Seterusnya, katanya, institut penyelidikan itu juga sedang meneliti produk kesihatan berasaskan tanaman serba boleh, tokotrienol.
"Kita juga akan berjumpa dengan menteri pertanian di sini untuk pengiktirafan dari segi standard pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) kita dengan produk pertanian mereka," katanya.
PORTSIM yang ditubuhkan pada 2005 ialah cawangan MPOB di China dan bertujuan untuk membangun, mengembangkan dan memajukan pasaran minyak sawit Malaysia di China serta menyediakan sokongan teknikal dan khidmat nasihat untuk perusahaan berkaitan.
Fadillah sedang dalam rangka lawatan sulung rasminya ke China dari 12-19 Nov untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta pembinaan kapasiti dalam bidang komoditi, terutamanya dalam mempromosikan pensijilan MSPO di peringkat global.
Nilai eksport produk berasaskan sawit ke China pada 2022 ialah sebanyak RM16.41 bilion manakala nilai eksport minyak sawit Malaysia ke negara itu pada tahun yang sama ialah RM8.44 bilion.
Sementara itu, Pengurus Besar PORTSIM Yoong Jun Hao berkata institut penyelidikan itu telah menerima akreditasi China daripada China National Accreditation Services (CNAS) dan China Inspection Body and Laboratory Mandatory Approval (CMA).
"Ini adalah satu pengiktirafan kepada makmal kami bahawa kami juga memenuhi semua keperluan di China mengikut standard dan kualiti mereka.
"Menerusi ini, kami boleh membantu industri kita beralih ke segmen hiliran untuk menghasilkan lebih banyak produk nilai tambah, dan ini akan membantu mendapatkan pelanggan setia di China serta pada masa yang sama membantu negara kita mengembangkan lagi pasaran minyak sawit kita" katanya.
Yoong berkata setiap tahun, PORTSIM akan mencipta tiga hingga lapan produk baharu dan daging vegan (daging bagi orang yang makan sayur dan buah-buahan sahaja) adalah antara produk baharu pada tahun ini.
"Ia adalah produk akan datang kami yang menggunakan 100 peratus daging berasaskan minyak sawit dan ia mempunyai kesan kebaharuan dan corak yang sama seperti daging sebenar.
"Kami mengunjurkan pasaran vegan akan berkembang, terutamanya di China dan Eropah, oleh itu, produk ini mempunyai potensi yang amat besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2023
Kata Fadillah, institut penyelidikan itu juga sedang meneliti produk kesihatan berasaskan tanaman serba boleh, tokotrienol. - Gambar X@Bernama
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
Ulang tahun TLDM dirai nada berbeza, jangan lupa mereka yang tiada
Warga TLDM diharapkan terus cekal, tabah demi rakyat dan tanah air, walaupun berhadapan pelbagai rintangan dan cabaran.
Lelaki warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai ditikam dan dipukul pada bahagian kepala.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Piala Thomas: Jangan pandang mudah Malaysia - Antonsen
Walaupun Malaysia membariskan skuad perseorangan kurang 'menyengat', Anders Antonsen masih menjangkakan saingan sengit.
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
Stok minyak sawit pada Mac susut 10.68 peratus kepada 1.71 juta tan - MPOB
Stok MSM negara menurun 22.22 peratus kepada 797,974 tan pada Mac daripada 1.03 juta tan yang dicatatkan pada Februari.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
Minyak sawit harus dapat layanan adil, kata PM Anwar kepada Jerman
Sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia, Malaysia gesa Jerman ambil pendekatan inklusif dan adil berkaitan eksport komoditi itu ke Eropah.
KPK akan ambil tindakan terhadap produk mendiskriminasi minyak sawit Malaysia - Johari
KPK akan bekerjasama dengan KPDN untuk mengambil tindakan tegas terhadap syarikat pengimport produk yang mendiskriminasi minyak sawit di negara ini.
Malaysia menang tuntutan kes diskriminasi minyak sawit Kesatuan Eropah
Malaysia memenangi kes tuntutan diskriminasi minyak sawit negara yang diperuntukkan dalam Akta Delegasi Kesatuan Eropah (EU).
MATRADE ketuai delegasi Malaysia ke Gulfood 2024 di Dubai
MATRADE akan mengetuai 80 syarikat Malaysia dan lima agensi kerajaan ke pameran Gulfood 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dari 19 Feb hingga 23 Feb, 2024.
KPK ambil tindakan tegas pamer label diskriminasi minyak sawit
KPK memandang serius isu berkenaan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pengimport, pengedar, penjual dan pihak berkaitan yang melakukan kesalahan tersebut.
Malaysia, Indonesia eratkan kerjasama ekonomi, tangani isu serantau
Antara yang disentuh dalam pertemuan itu adalah mempergiatkan semula aktiviti perdagangan sempadan di Tebedu dan Entikong.
Kemasukan pekerja asing ke dalam industri perladangan sawit dijangka jana pendapatan RM4 bilion - MPOA
Industri minyak sawit Malaysia dijangka menjana pendapatan RM4 bilion jika separuh daripada 40,000 pekerja asing yang dinyatakan diperlukan sektor itu diberikan kerja-kerja penuaian.
Stok minyak sawit Malaysia susut 4.64 peratus kepada 2.29 juta tan pada Disember
Inventori minyak sawit mentah (MSM) berkurangan 9.43 peratus kepada 1.20 juta tan bulan lepas daripada 1.32 juta tan pada November.