Syarikat farmaseutikal AstraZeneca pada Selasa memaklumkan bahawa ujian klinikal vaksin COVID-19 yang dijalankan sebelum ini diberhentikan dahulu buat masa ini.
Pemberhentian tersebut dibuat susulan seorang sukarelawan ujian klinikal vaksin berkenaan mengalami ‘penyakit yang tidak dapat dijelaskan’.
Memetik laporan AFP, AstraZeneca, yang sedang membangunkan vaksin hasil kerjasama dengan Universiti Oxford merupakan pelopor dalam perlumbaan global dalam penghasilan vaksin pertama COVID-19.
Seorang jurucakap AstraZeneca berkata, tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada prosedur yang dilakukan secara rawak dan terkawal oleh Oxford.
“Sebagai sebahagian daripada percubaan global yang dilakukan secara rawak dan terkawal terhadap vaksin koronavirus Oxford, proses tinjauan standard kami dimulakan dan kami secara sukarela menghentikan sementara ujian untuk membolehkan kajian semula data keselamatan oleh jawatankuasa bebas.
“Ia merupakan tindakan rutin yang perlu diadakan setiap kali wujudnya penyakit yang tidak dapat dijelaskan dalam ujian percubaan, untuk siasatan dilakukan bagi menjaga integriti ujian,” katanya.
Katanya lagi, dalam ujian klinikal yang besar, kadangkala penyakit akan wujud tetapi ia perlu diteliti secara bebas sebelum ujian tersebut diteruskan.
“Kami sedang berusaha mempercepat penelitian setiap sat ukes bagi mengurangkan sebarang kemungkinan kesan terhadap tempoh ujian,” ujarnya.
Penangguhan sementara sewaktu ujian klinikal dijalankan bukannya sesuatu perkara luar biasa tetapi ini merupakan kali pertama ia berlaku bagi ujian klinikal vaksin COVID-19.
AstraZeneca merupakan antara sembilan syarikat yang melakukan ujian klinikal peringkat akhir Fasa 3 membabitkan peserta vaksin tersebut.
BACA: Vaksin COVID-19: Jika berkesan, AS beri percuma kepada rakyat
Di Amerika Syarikat, syarikat tersebut menerima 30,000 sukarelawan di 12 lokasi pada 31 Ogos lalu.
Agensi
Wed Sep 09 2020
Pemberhentian tersebut dibuat susulan seorang sukarelawan ujian klinikal vaksin berkenaan mengalami penyakit yang tidak dapat dijelaskan. - Gambar hiasan
Anak KPD maut tertembak: Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.
Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan
Beliau berkata Wan Muhammad Azri ditahan di rumahnya di Setapak tengah hari tadi.
Nahas helikopter Lumut: 'Wira negara, damailah kalian di sana...'
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia.
LHDN tak cadang lanjut tempoh kuat kuasa e-invois, beri pendidikan kepada PKS
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
AstraZeneca berjaya batalkan saman 12 individu berhubung isu suntikan vaksin COVID-19
Hakim Mahkamah Tinggi Dr Suzana Muhamad Said membenarkan permohonan Astrazeneca untuk membatalkan saman itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
AstraZeneca rintis inisiatif kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan
Portal mySihatPal menutup jurang akses kepada penyelesaian penjagaan kesihatan.
AstraZeneca tumpu kepada kepada penyakit jarang jumpa, teruskan pelaburan tempatan
AstraZeneca berhasrat menjadi pengupaya penyelesaian yang bekerjasama dalam aspek berbeza kepada pesakit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF2023: Tengku Zafrul bertemu lembaga pengarah AstraZeneca
Pertemuan itu berkisar mengenai potensi untuk AstraZeneca meluaskan operasi di Malaysia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mana-mana vaksin penggalak lebih baik dari tiada - Khairy
Walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan dos penggalak Pfizer atau AstraZeneca untuk memberi tambahan perlindungan yang terbaik, ada masyarakat yang masih meminta pilihan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pencipta AstraZeneca, GAVI terima Hadiah Keamanan Sunhak 2022
Pengiktirafan tersebut diberikan atas sumbangan signifikan yang diberikan mereka dalam membantu dunia menghadapi pandemik COVID-19.
KKM pantau semua vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham
KKM akan sentiasa memantau keselamatan semua vaksin COVID-19 yang telah didaftarkan secara bersyarat di Malaysia bagi menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat.