awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musim sejuk: Suhu di Moscow dijangka cecah -30 darjah

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2021
22:45 MYT
Musim sejuk: Suhu di Moscow dijangka cecah -30 darjah
Secara purata, suhu di Moscow kini -13 darjah celsius. - Foto AP/Pavel Golovkin
BEBERAPA negara di Eropah serta Amerika Syarikat (AS) kini dilanda musim sejuk yang melampau sehingga menjejaskan kehidupan seharian.
Salji lebat kini menyeliputi beberapa wilayah di Rusia menyebabkan penutupan jalan dan beberapa kawasan.
Di Moscow, salji tebal yang melanda menyebabkan 13,000 mesin pembersihan salji dikerahkan ke lokasi.
Secara purata, suhu di Moscow kini -13 darjah celsius.
Menurut perkhidmatan meteorologi Rusia, pada hujung minggu ini, suhu di Moscow dijangka mencecah -30 darjah celcius.
Sementara itu, di Poland, salji menyebabkan fenomena berbeza.
Sebuah bandar di pesisir pantai di Miedzyzdroje bertukar menjadi ais seperti di kutub. Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk menikmati pemandangan indah itu.
Di Amerika Syarikat pula, ribut salji yang melanda Texas menyebabkan bekalan elektrik terputus.
Dilaporkan, ia melibatkan ratusan ribu kediaman. Insiden itu berlaku sehari selepas pengumuman pembatalan penerbangan dan trafik yang terjejas di negeri itu.
Topic Berkaitan
#AS
#Moscow
#Rusia
#penerbangan
#salji
#suhu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan