awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musk pertahan diri ambil dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
19/03/2024
13:44 MYT
Musk pertahan diri ambil dadah
Musk memberitahu, dia tidak mengalami 'kemurungan berlanjutan', sebaliknya menggunakan ketamin apabila mempunyai 'keadaan kimia negatif'. - Gambar fail/ Reuters
ELON Musk menganggap penggunaan dadah oleh dirinya sendiri memberi manfaat kepada pelabur Tesla dalam satu temu bual disiarkan pada Isnin.
Malah, taikun berusia 52 tahun itu mengesahkan dia mengambil ubat bius itu - biasanya digunakan untuk pengurusan kesakitan dan merawat kemurungan berikutan laporan media Amerika Syarikat (AS) bahawa penggunaan dadah olehnya telah menakutkan pelabur.
“Ketamin membantu untuk mengeluarkan satu daripada kerangka fikiran negatif,” kata Musk kepada bekas hos CNN, Don Lemon dalam temu bual yang diterbitkan di media sosial pada Isnin.
Musk yang mengendalikan SpaceX dan Tesla serta memiliki platform media sosial X, menafikan menyalahgunakan ketamin dan berkata, dia menggunakan 'sebilangan kecil sekali setiap minggu atau sesuatu seperti itu'.
Musk memberitahu, dia tidak mengalami 'kemurungan berlanjutan', sebaliknya menggunakan ketamin apabila mempunyai 'keadaan kimia negatif'.
Semasa temu bual selama sejam itu, Musk turut membincangkan pertemuan dengan calon Presiden AS daripada Parti Republikan, Donald Trump, namun tidak menunjukkan siapa yang mungkin dia sokong pada pilihan raya November depan.
Musk berkata, dia 'beralih' daripada calon Demokrat iaitu Presiden Joe Biden, namun ia tidak bermakna dia akan menyokong Trump, sambil menambah: ”Banyak yang boleh berlaku antara sekarang dan pilihan raya.”
Jumaat lalu, Musk menyiarkan di X bahawa rakyat Amerika harus memilih Republikan pada November dengan 'gelombang merah' atau 'Amerika sudah ditakdirkan'.
“Bayangkan empat tahun lagi keadaan ini semakin teruk,” tulisnya, merujuk kepada salah satu perkara utama Trump iaitu dakwaan bahawa AS sedang ditenggelami oleh penghijrahan haram. - Sinar Harian/ Agensi
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#penggunaan dadah
#Ketamin
#Tesla
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan