ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, adalah mustahil untuk bersiap sedia menghadapi malapetaka seperti gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada Isnin yang mengorbankan lebih 9,000 orang, namun, berikrar akan berusaha sedaya-upaya untuk menyelamatkan nyawa rakyat.
"Ada kekurangan... mustahil untuk bersedia menghadapi bencana besar seperti itu.
"Kami tidak akan meninggalkan mana-mana rakyat kami tanpa pengawasan. Kami akan melaksanakan pengurusan bencana dengan mengambil setiap langkah yang perlu supaya tiada siapa yang menderita," kata Erdogan kepada pemberita di wilayah selatan Hatay, lapor Xinhua.
Angka kematian akibat gempa bumi di selatan Turkiye kini meningkat kepada lebih 12,000 dengan 62,914 cedera.
"Ini adalah masa untuk perpaduan, penyatuan. Dalam keadaan sekarang, saya tidak boleh menerima kempen negatif untuk kepentingan politik semata-mata," kata Erdogan menjawab tuduhan bahawa kerajaannya gagal menangani bencana itu.
Erdogan berkata, setakat ini 3,356 orang terbunuh di Hatay, lokasi yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi daripada 10 wilayah di negara itu yang dilanda gempa bumi.
Seramai 21,200 penyelamat termasuk anggota tentera dan polis bertugas di wilayah itu, katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 09 2023
Presiden Recep Tayyip Erdogan bercakap kepada pemberita selepas melawat tapak kesan gempa bumi di wilayah selatan Hatay, Turkiye, pada Rabu. Angka kematian akibat gempa bumi di negara itu kini meningkat kepada lebih 12,000 orang. - Gambar AP
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Gempa Turkiye: 2.5 juta kanak-kanak perlu bantuan - UNICEF
UNICEF mengeluarkan amaran tersebut selepas dua bulan gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan utara Syria.
Gempa bumi Turkiye: Angka korban melepasi 45,000 di Turkiye dan Syria
Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria terus meningkat melebihi 45,000 mangsa pada Sabtu.
'Jumpa di Parlimen selepas ke Turkiye, Alhamdulillah selamat pulang' - Wan Azizah
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan kesyukuran setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat pulang dari Turkiye.
Gempa Turkiye: Lelaki 62 tahun ditemui selamat selepas 187 jam terperangkap di bawah runtuhan
Huseyin Berber terpaksa minum air kencing sendiri untuk meneruskan hidup sepanjang terperangkap.
Gempa bumi Turkiye: Lelaki 62 tahun diselamatkan selepas 187 jam terperangkap
Seorang lelaki warga emas berjaya diselamatkan selepas 187 jam terperangkap di bawah runtuhan pangsapuri yang didiaminya di Mersin, Turkiye pada 14 Februari lalu.
'Rumah kami bergoyang sebelum menyembah bumi' - Mangsa gempa Turkiye
Itu pengalaman ngeri yang dialami Muhammad Nur Damlah ketika gegaran berukuran 7.8-magnitud membadai beberapa daerah di Turkiye dan Syria.
Dianggap tindakan berlebihan, PM Anwar perjelas sebab kunjungan ke Turkiye
Kunjungan dibuat atas dasar persahabatan istimewa selain Turkiye banyak salur bantuan kepada Malaysia.
Gempa bumi Turkiye: 'Saya minum air kencing' - Mangsa terselamat selepas 4 hari
Mangsa, Adnan Muhammed Korkut berjaya dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Jumaat.
Gempa bumi Turkiye: Pasukan SMART MAS-01 usaha keluarkan mangsa terperangkap bawah runtuhan
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ketika ini sedang menyelamatkan seorang mangsa yang dikatakan tertimbus di dalam runtuhan bangunan tiga tingkat di Gaziantep, Turkiye.
Gempa bumi Turkiye: Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar dari kawasan gempa - Duta
Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar daripada kawasan Gempa Bumi di Gaziantep, Turkiye.