Muzium Agung Mesir dibanjiri pelawat sejak dibuka

Purata 19,000 pengunjung sehari mengunjungi muzium untuk melihat koleksi artifak Mesir purba. - Foto AP
KAHERAH: Muzium Agung Mesir melaksanakan beberapa langkah baharu bagi mengawal lonjakan pengunjung yang membanjiri muzium itu untuk melihat koleksi artifak Mesir purba sejak pembukaannya dua minggu lalu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Muzium Agung Mesir mengambil langkah baru untuk kawal lonjakan pengunjung dengan mewajibkan tempahan tiket mengikut slot masa tertentu serta pembelian secara dalam talian bermula Disember.
- Purata 19,000 pengunjung sehari mengunjungi muzium untuk melihat koleksi artifak Mesir purba, melebihi jangkaan dan menunjukkan minat rakyat Mesir yang meningkat terhadap sejarah negara mereka.
- Jika trend pelawat kekal tinggi, Muzium Agung Mesir berpotensi menjadi antara muzium paling popular di dunia, menyamai Louvre di Paris dan Muzium Negara China di Beijing.
Muzium itu, yang terletak berhampiran Piramid, dibuka pada 1 Nov dalam satu majlis mewah yang dihadiri puluhan pemimpin dunia dan wakil media.
Jurucakap muzium berkata purata sekitar 19,000 pengunjung sehari untuk melihat koleksi yang merangkumi makam Firaun Tutankhamun dan perahu suria sepanjang 42 meter milik Raja Khufu atau Cheops.
Angka ini melebihi jangkaan pihak berkuasa Mesir.
Akhbar Mesir, al-Masry al-Youm melaporkan peningkatan ketara minat rakyat Mesir terhadap sejarah negara mereka susulan liputan media besar-besaran mengenai pembukaan muzium itu.
Jika jumlah pelawat kekal sepanjang tahun, Muzium Agung Mesir dijangka menjadi antara muzium paling ramai dikunjungi di dunia.
Hanya Louvre di Paris dan Muzium Negara China di Beijing mencatat purata pelawat yang lebih tinggi tahun lalu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


