awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Myanmar enggan hadir mesyuarat serantau jika krisis Rohingya dibincangkan

Astro Awani
Astro Awani
17/05/2015
02:20 MYT
Myanmar enggan hadir mesyuarat serantau jika krisis Rohingya dibincangkan
Thein Sein tidak menerima dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Myanmar adalah punca kepada krisis Rohingya. - Gambar fail
Presiden Myanmar, Thein Sein menolak untuk hadir di pertemuan serantau di Thailand jika jemputan tersebut membangkitkan krisis Rohingya.
Menurut laporan Aljazeera pada Ahad, dalam satu kenyataan dari pejabat presiden negara itu berkata bahawa pihaknya tidak akan menerima dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Myanmar adalah punca kepada krisis Rohingya.
“Myanmar tidak akan menghadiri persidangan serantau yang dipengerusikanThailand jika ‘Rohingya’ disebut dalam jemputan tersebut.
“Kami bukan mengabaikan masalah ini, tetapi pemimpin-pemimpin kita masih sedang membuat keputusan sama ada untuk menghadiri mesyuarat itu berdasarkan topik yang akan dibincangkan," kata Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, Mejar Zaw Htay.
Aljazeera menulis, Zaw Htay dalam kenyataannya dilihat cuba untuk menyalahkan negara jiran dalam krisis yang semakin parah itu.
“Dari sudut pandangan kemanusiaan, Rohingya sekarang dilihat sedang dihalang masuk dari jalan laut oleh beberapa negara,
"Malah, pelanggaran hak asasi manusia yang paling serius adalah sindiket dan kegiatan penyeludupan manusia,” kata Zaw Htay.
Pejabat Presiden Thein Seinselama ini bertindak untuk tidak bercakap secara terbuka mengenai krisis Rohingya semenjak 1 Mei.
Kenyataan tersebut dikeluarkan pada Jumaat, namun sehingga Ahad masih tiada kata putus oleh kerajaan Myanmar.
Thailand dijadualkan akan mengadakan mesyuarat serantau pada 29 Mei ini dengan pegawai-pegawai tertinggi dari 15 negara untuk membincangkan punca penghijrahan tidak teratur di Lautan India.
Pada Sabtu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Rohingya bukan sahaja isu ASEAN malah ia adalah isu kemanusiaan sejagat yang perlu diberi perhatian semua pihak.
BACA: Rohingya: Mengapa Aung San Suu Kyi berdiam diri? - Netizen
BACA: Rohingya: Ini malapetaka kemanusiaan, perlu ditanggung semua negara - Najib
FOTO: Memperingati insiden pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya
Topic Berkaitan
#mesyuarat serantau
#presiden myanmar
#Rohingya
#Thein Sein
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan