awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Myanmar lanjut darurat selama enam bulan lagi

Bernama
Bernama
31/01/2025
10:57 MYT
Myanmar lanjut darurat selama enam bulan lagi
Mesyuarat NDSC juga membincangkan perkara yang berkaitan dengan kerja-kerja pemulihan selepas bencana dan usaha untuk menamatkan konflik bersenjata dan mencapai keamanan yang berkekalan. - AP
YANGON: Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara (NDSC) Myanmar pada Jumaat melanjutkan keadaan darurat di negara itu selama enam bulan lagi, lapor Radio dan Televisyen Myanmar (MRTV) yang dikendalikan kerajaan, menurut Xinhua.
Pada mesyuarat NDSC di Nay Pyi Taw pada Jumaat, semua ahli yang hadir bersetuju untuk melanjutkan tempoh darurat, menurut laporan itu. Ia menyatakan bahawa pelanjutan itu dibuat mengikut Seksyen 425 Perlembagaan Negara.
Keputusan itu berdasarkan kerja yang diperlukan untuk menjayakan pelaksanaan pilihan raya dan keperluan keamanan dan kestabilan untuk memudahkannya.
Mesyuarat itu membincangkan isu-isu berkaitan persediaan pilihan raya, peningkatan pengeluaran produk pertanian dan ternakan, usaha meningkatkan sektor pendidikan untuk pembangunan negara dan sektor kesihatan.
Selain itu, mesyuarat itu juga membincangkan perkara yang berkaitan dengan kerja-kerja pemulihan selepas bencana dan usaha untuk menamatkan konflik bersenjata dan mencapai keamanan yang berkekalan, menurut laporan itu.
Myanmar mengisytiharkan darurat pada Februari 2021 selama setahun, diikuti dengan enam lanjutan enam bulan sehingga 31 Januari tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#darurat
#Myanmar
#NDSC
#pilihan raya
#keamanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan