Myanmar lanjutkan darurat enam bulan lagi

Bernama
Februari 1, 2022 05:20 MYT
Orang ramai menuruni sebuah feri di Jeti Pansodan, Yangon, Myanmar, 12 Nov 2021. - Gambar hiasan/AP
YANGON: Majlis Pertahanan dan Keselamatan Myanmar pada Isnin mengumumkan lanjutan darurat selama enam bulan lagi, lapor Agensi Berita Xinhua.
Pelanjutan itu dibuat untuk persiapan yang diperlukan bagi pilihan raya umum pelbagai parti, kata pengumuman itu.
Kali pertama darurat diisytiharkan adalah pada Feb 2021, selepas tentera menahan bekas pemimpin kerajaan, termasuk kaunselor negara dan presiden.
-- BERNAMA
#Myanmar #darurat #pilihan raya umum #tentera