awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyCARE salur RM3.6 juta kepada penduduk Palestin di Gaza

Bernama
Bernama
02/12/2023
10:55 MYT
MyCARE salur RM3.6 juta kepada penduduk Palestin di Gaza
Penyerahan replika cek kepada Pengurus MyCRE Johor Rozi Abdul Ghani (tiga, kiri) pada Program Jualan Amal Gaza Car Boot Sale bersama Econsave dan MyCARE 2023 di Pasaraya Econsave Taman Teratai, Skudai hari ini. - Bernama
JOHOR BAHRU: Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyalurkan bantuan kecemasan berjumlah RM3.6 juta kepada penduduk Palestin di Gaza sejak tercetus konflik antara Hamas dan Israel 7 Okt lepas.
Pengurus MyCARE Johor Rozi Abdul Ghani berkata, bantuan yang diberikan meliputi empat fasa dengan pelbagai barangan keperluan termasuk pakaian, makanan dan perubatan disalurkan.
Beliau berkata, daripada jumlah yang telah disalurkan, lebih RM700,000 adalah menerusi Tabung Palestin MyCARE Johor.
"Bantuan dan sumbangan ini akan dilakukan secara berterusan sehingga Palestin pulih kerana kemusnahan di Gaza sangat teruk.
Bantuan fasa kelima akan cuba disalurkan dalam bulan ini namun bergantung kepada keadaan semasa di Gaza," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Jualan Amal Gaza anjuran Kelab Media Johor (KMJ), Econsave dan MyCARE di Econsave Taman Teratai, di sini hari ini.
Sementara itu, Mas Imran berkata Econsave menyasarkan kutipan RM500,000 menerusi Tabung Kecemasan Palestin dengan kerjasama MyCARE Johor yang dilancarkan pada 14 Okt lepas, sehingga akhir bulan ini.
Beliau berkata, setakat ini sebanyak RM200,000 telah terkumpul hasil sumbangan rakyat Malaysia menerusi tabung itu di 94 buah cawangan Econsave seluruh negara.
"Selain kutipan menerusi tabung tersebut, pihak Econsave sendiri akan menyumbang RM100,000 kepada rakyat Palestin, antaranya dalam bentuk barangan, makanan kering, air mineral dan lampin yang akan dibawa masuk dari sempadan Rafah," katanya.
Terdahulu, Mohamad Fauzi berkata KMJ menyumbang sebanyak RM5,000 dan bercadang menjadikan Program Jualan Amal Gaza sebagai acara tahunan.
Beliau yang juga Presiden Gabungan Kelab Media Malaysia turut berhasrat untuk menjayakan program itu di peringkat nasional bagi membantu mangsa peperangan di Palestin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MyCare
#Palestin
#Gaza
#rakyat Malaysia
#sumbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan