Nahas China Eastern Airlines: Lebih 11,000 penerbangan di China dibatalkan

Agensi
Mac 22, 2022 13:03 MYT
Pesawat membawa 132 penumpang dan tiada mangsa yang dilaporkan terselamat ditemui setakat ini. - Gambar fail
BEIJING: Kira-kira 74 peratus daripada 11,800 penerbangan yang dijadualkan di China pada Selasa telah dibatalkan, termasuk sebahagian besar daripada Beijing dan Shanghai, yang merupakan salah satu laluan domestik paling sibuk di dunia.
Perjalanan udara China telah berdepan sekatan susulan COVID-19, tetapi angka pada Selasa merupakan yang tertinggi tahun ini dan dua kali ganda jumlah yang dicatatkan pada awal bulan ini, menurut data penerbangan China.
Daripada 35 penerbangan dari Lapangan Terbang Hongqiao, Shanghai ke Beijing yang disenaraikan pada hari Selasa, hanya lima yang beroperasi.
BACA: Pesawat China dengan 132 individu dilapor terhempas
Ia susulan tragedi Boeing 737-800 NG yang dikendalikan oleh China Eastern Airlines terhempas di wilayah Guangxi pada petang Isnin.
[TERKINI] Serpihan pesawat China Eastern ditemukan
Nahas Pesawat | Tiada tanda mangsa nahas di China terselamat
BACA: Nahas pesawat: Laman web rasmi syarikat China Eastern bertukar hitam putih
Pesawat membawa 132 penumpang dan tiada mangsa yang dilaporkan terselamat ditemui setakat ini.
Ia merupakan nahas udara yang membawa maut pertama di China sejak 2010.
#China Eastern Airlines #Boeing #penularan pandemik COVID-19 #Lapangan Terbang Hangqiao