BEIJING: Sebuah pesawat China dengan 132 individu dilapor terhempas di Wilayah Guangxi pada Isnin.
Kejadian itu turut menyebabkan kebakaran di kawasan pergunungan.
Agensi CCTV melaporkan, kemalangan itu melibatkan penerbangan China Eastern 737 MU5735 berdekatan bandar Wuzhou di daerah Teng.
Pasukan penyelamat telah dihantar ke lokasi kejadian dan jumlah mangsa yang terlibat masih belum diketahui.
Sebelumnya, dalam laporan awal sejurus kejadian itu, media antarabangsa melaporkan terdapat 133 orang di dalam pesawat berkenaan, sebelum dikemas kini menjadi 132 orang.
BACA: Nahas pesawat: Laman web rasmi syarikat China Eastern bertukar hitam putih
Pesawat tersebut dilapor dalam perjalanan dari Kunming ke Guangzhou.
"Kita terkejut dikhabarkan tentang nahas pesawat China Eastern MU5735," kata Presiden China, Xi Jinping, dalam siaran khas di CCTV.
Beliau juga mengarahkan segala usaha dilakukan dengan segera untuk mencari sesiapa sahaja yang masih boleh diselamatkan, selain mengenal pasti punca kejadian.
Seorang penduduk kampung di kawasan nahas memberitahu media tempatan bahawa pesawat berkenaan telah 'berkecai sepenuhnya', dan dia menyaksikan kawasan hutan yang terbakar akibat kemalangan di lereng pergunungan itu.
China Eastern yang berpengkalan di Shanghai merupakan antara syarikat penerbangan terkemuka di negara itu yang beroperasi di 248 destinasi domestik dan antarabangsa.
Penerbangan MU5725 dari Kunming ke Guangzhou itu dilapor hilang kelajuan lalu menjunam sekitar jam 2.20 petang waktu tempatan.
Pesawat itu kemudian tidak memberi sebarang isyarat atau data di sekitar Wuzhou.
Pesawat tersebut diserahkan kepada China Eastern daripada Boeing pada Jun 2015 dan telah beroperasi melebihi enam tahun.
Agensi
Mon Mar 21 2022
Agensi CCTV melaporkan, kemalangan itu melibatkan penerbangan China Eastern 737 dekat bandar Wuzhou di daerah Teng. - Foto fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.