awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas jalan raya krisis kesihatan awam, kata WHO

Amirul Aiman
Amirul Aiman
06/11/2025
10:48 MYT
Nahas jalan raya krisis kesihatan awam, kata WHO
Wakil WHO ke Vietnam, Dr Angela Pratt, menekankan pentingnya peranan media dalam menukar naratif nahas jalan raya sebagai krisis kesihatan awam yang boleh dicegah, semasa Bengkel Serantau AIBD–WHO di Hanoi. - Foto: AIBD
HANOI: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan nahas jalan raya sebagai salah satu krisis kesihatan awam paling diabaikan pada masa ini, dan menyeru peranan aktif media dalam mengubah persepsi masyarakat.
Wakil WHO ke Vietnam, Dr Angela Pratt, berkata setiap tahun kira-kira 1.2 juta nyawa terkorban akibat nahas jalan raya di seluruh dunia, dengan Asia menanggung lebih separuh daripada jumlah itu.
“Kita berada di sini kerana keselamatan jalan raya mempunyai masalah imej dan kami perlukan bantuan anda (wartawan) untuk mengubahnya,” katanya ketika berucap pada Bengkel Serantau AIBD–WHO mengenai Pelaporan Keselamatan Jalan Raya di Hanoi.
Beliau menjelaskan bahawa nahas jalan raya kini menjadi punca kematian utama bagi kanak-kanak dan belia berumur lima hingga 29 tahun, sambil menegaskan bahawa tragedi itu “hampir sepenuhnya boleh dicegah.”
“Setiap angka mewakili satu nyawa, satu kisah dan satu masa depan yang terhenti. Di sebalik statistik ini wujud isu sistemik seperti infrastruktur tidak selamat dan tindak balas kecemasan yang lemah,” katanya.
Beliau turut menegaskan pembinaan sistem jalan raya yang lebih selamat memerlukan perubahan minda daripada menyalahkan pemandu kepada mereka bentuk sistem yang mengutamakan keselamatan.
WHO turut menekankan peranan media dalam menukar naratif nahas jalan raya sebagai isu yang boleh dicegah dan berpunca daripada faktor sistemik, bukan sekadar insiden terpencil atau sekadar kemalangan.
“Perubahan kecil dalam cara berita dilapor mampu mengubah persepsi awam dan mempengaruhi pembuat dasar,” tambahnya.
Bengkel Serantau AIBD–WHO mengenai Pelaporan Keselamatan Jalan Raya di Hanoi menghimpunkan wartawan Asia selama tiga hari bagi memperkukuh amalan pelaporan berasaskan penyelesaian dan kefahaman awam terhadap keselamatan jalan raya.
Topic Berkaitan
#WHO
#keselamatan jalan raya
#krisis kesihatan awam
#Angela Pratt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan