awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laporan siasatan kes Danish Irfan siap dua minggu lagi
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2026
00:00 MYT
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Pendakwa raya memaklumkan tindakan Routh bertujuan menggugat demokrasi AS dan mengesyorkan hukuman penjara seumur hidup. - Foto REUTERS
FLORIDA: Seorang lelaki yang disabitkan kesalahan merancang pembunuhan terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dua bulan sebelum pilihan raya presiden 2024 dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah.
Hakim Mahkamah Daerah AS, Aileen Cannon, menjatuhkan hukuman itu terhadap Ryan Routh, 59, selepas mendapati tertuduh terlibat dalam rancangan pembunuhan yang dirancang secara teliti.
“Jelas kepada saya bahawa anda terlibat dalam rancangan yang dirancang lebih awal dan teratur untuk meragut nyawa seseorang,” kata hakim itu dalam keputusan pada Rabu.
Routh didakwa bersembunyi di kawasan semak berhampiran Trump International Golf Club di West Palm Beach, Florida, ketika Trump bermain golf, sambil membawa senapang separa automatik selama hampir 10 jam sebelum dikesan ejen Perkhidmatan Rahsia AS (USSS).
Pendakwa raya memaklumkan tindakan Routh bertujuan menggugat demokrasi AS dan mengesyorkan hukuman penjara seumur hidup, manakala tertuduh yang mewakili dirinya sendiri dalam perbicaraan memohon hukuman penjara selama 27 tahun.
Insiden itu berlaku pada 15 September 2024, kira-kira dua bulan selepas Trump terselamat daripada satu lagi cubaan pembunuhan dalam satu perhimpunan di Butler, Pennsylvania, apabila peluru yang dilepaskan seorang penyerang hanya mencederakan telinganya.
Pendakwa raya turut memaklumkan Routh tiba di selatan Florida kira-kira sebulan sebelum kejadian dan tinggal di sebuah hentian trak sambil cuba mengumpul maklumat mengenai pergerakan dan jadual Trump.
Dalam kenyataan di mahkamah, Routh menafikan berniat membunuh Trump dan menyatakan kesediaan menjalani rawatan psikologi ketika menjalani hukuman penjara.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Ryan Routh
#penjara seumur hidup
#rancangan pembunuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan