awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Malaysia: Kelantan Red Warrior lengkapkan senarai 16 pasukan
Perancis rancang larang media sosial untuk golongan bawah 15 tahun
Struktur organisasi baharu sokong agenda peralihan tenaga, tingkat penyampaian - ST
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas kereta api: India mulakan siasatan rasmi

Astro Awani
Astro Awani
06/06/2023
00:00 MYT
Nahas kereta api: India mulakan siasatan rasmi
Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa dalam nahas kereta api paling buruk dalam dua dekad di India. - Foto fail/AP
NEW DELHI: Siasatan rasmi ke atas nahas kereta api paling buruk dalam dua dekad di India bermula pada Isnin.
Siasatan awal menunjukkan kegagalan isyarat berkemungkinan menjadi punca pelanggaran yang mengorbankan 275 orang dan mencederakan 1,200 yang lain.
Ketika ini, pegawai kereta api dan saksi berkumpul di Kharagpur untuk mengemukakan bukti kepada siasatan diketuai Pesuruhjaya Keselamatan Kereta Api Bahagia Tenggara, A.M Chowdhary.
Menurut Chowdhary, semua pihak yang terlibat telah diminta menyertai siasatan dan ia akan mengambil masa untuk melihat daripada semua kemungkinan.
Lembaga Kereta Api India telah mengesyorkan agar Biro Penyiasatan Pusat (CBI) Persekutuan mengambil alih siasatan mengenai punca bencana itu.
Chowdhary berkata, beliau akan menyerahkan laporannya kepada Lembaga Kereta Api sementara siasatan CBI boleh dijalankan serentak.
Jumaat lalu, nahas itu berlaku apabila sebuah kereta api penumpang melanggar kereta api barang yang tidak bergerak dan seterusnya tergelincir ke landasan sebelah sehingga menyebabkan pelanggaran dengan sebuah lagi kereta api penumpang di daerah Balasore.
Siasatan awal menunjukkan Coromandel Express, menghala ke Chennai dari Kolkata, bergerak dari laluan utama dan memasuki trek sisi yang digunakan untuk meletakkan kereta api pada kelajuan 128 kilometer sejam dan merempuh kereta api barang.
Nahas itu menyebabkan enjin dan empat atau lima koc pertama Coromandel Express tergelincir ke landasan sebelah dan melanggar dua koc terakhir tren Yeshwantpur-Howrah dari arah bertentangan pada kelajuan 126 kilometer sejam di landasan utama kedua.
Topic Berkaitan
#nahas kereta api
#siasatan rasmi
#punca pelanggaran
#kegagalan isyarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan