Skip to main content

Dunia

Nahas pesawat Lion Air: Dua mangsa dijumpai, dibawa ke Tanjong Priok

71540792869_Basarnas.jpg
Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) telah mengenalpasti lokasi kotak hitam pesawat malang, Lion Air JT610.

Timbalan Bahagian Operasi Pencarian, Pertolongan dan Kesiapsiagaan (BASARNAS), Mejar Jeneral Nughroho Budi Wiryanto berkata operasi mencari dan menyelamat sedang dipergiat.

"Kita hanya menemui serpihan yang terapung, termasuk telefon bimbit, kad pengenalan, buku bank dan beberapa lagi yang lain.

BACA: LAPOR LANGSUNG: Nahas pesawat Lion Air

"Jika terdapat sebarang perkembangan lanjut, kita akan terus memberikan maklumat terkini kepada semua," katanya pada sidang media di ibu pejabat badan itu di Jakarta, Indonesia.

Ujar beliau, mangsa atau mayat yang ditemui akan dibawa ke Rumah Sakit Polri Kramat Jati di Tanjung Priok, Indonesia.

Advertisement

Must Watch Video