awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas pesawat Rusia: 4 daripada 6 penumpang ditemukan selamat - Taliban

Bernama
Bernama
22/01/2024
06:31 MYT
Nahas pesawat Rusia: 4 daripada 6 penumpang ditemukan selamat - Taliban
Zabihullah berkata pesawat yang dilaporkan hilang di wilayah Badakhshan telah dijumpai di kawasan Aruz Koh di daerah Kuf Ab. - Gambar fail/Reuters
KABUL: Seramai empat daripada enam penumpang termasuk juruterbang ditemukan masih hidup pada Ahad selepas sebuah pesawat Rusia terhempas di wilayah Badakhshan di timur laut Afghanistan, kata pentadbiran Taliban.
Dalam satu kenyataan di X, jurucakap pentadbiran sementara Taliban Zabihullah Mujahid berkata pesawat yang dilaporkan hilang di wilayah Badakhshan telah dijumpai di kawasan Aruz Koh di daerah Kuf Ab, lapor Agensi Berita Anadolu.
Beliau berkata pasukan penyiasat sedang mengesan dua lagi penumpang pesawat malang itu.
Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Russia (Rosaviatsiya) yang merujuk kedutaan Rusia di Afghanistan berkata jet peribadi Falcon 10 yang terhempas telah dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat tempatan.
Terdahulu, pihak berkuasa penerbangan Rusia berkata pesawat dengan enam orang penumpang merupakan penerbangan sewa khas dari India melalui Uzbekistan ke Moscow.
Pihak berkuasa Rusia berkata pesawat itu, sebuah jet Dassault Falcon 10 buatan Perancis dan berdaftar di negara berkenaan dan hilang daripada skrin radar di Afghanistan pada petang Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas pesawat Rusia
#Badakhshan
#Taliban
#jet peribadi Falcon 10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan