awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas pesawat Rusia: Vladimir Putin isytihar hari berkabung Ahad ini

Agensi
Agensi
31/10/2015
12:13 MYT
Nahas pesawat Rusia: Vladimir Putin isytihar hari berkabung Ahad ini
Putin mengisytiharkan hari berkabung pada Ahad ini bagi memperingati mangsa nahas sebuah pesawat Rusia yang terhempas di Semenanjung Sinai, Mesir. - Gambar fail
Presiden Rusia Vladimir Putin mengisytiharkan hari berkabung pada Ahad ini bagi memperingati mangsa nahas sebuah pesawat Rusia yang terhempas di Semenanjung Sinai, Mesir.
Putin juga mengarahkan agar sebuah siasatan dijalankan mengenai pesawat yang membawa 224 penumpang dan anak kapal itu.
Sementara itu, satu pasukan siasatan penerbangan telah tiba di tempat kejadian, lapor Nile TV pada Sabtu.
Duta Rusia di Kaherah melalui akaun Twitternya melaporkan, mayat-mayat mangsa pesawat itu juga telah dikeluarkan dari tempat kejadian
Sebelum ini pejabat Perdana Menteri Sharif Ismail dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata bangkai pesawat tersebut telah ditemui di kawasan pergunungan di Sinai.
Menurut kenyataan tersebut, 45 ambulans telah dikerahkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang cedera dan maut.
Buat masa ini, anggota keluarga dan kenalan terdekat penumpang pesawat berkenaan semakin ramai berada di Lapangan Terbang Pulkovo di St Petersburg untuk mendapat maklumat dan khabar terkini tentang nahas tersebut.
Walaupun terkejut dan bersedih atas insiden itu, masih ada yang mengharapkan berita korban tersebut tidak melibatkan anggota keluarga mereka.
Perdana Menteri Mesir juga dijangkakan akan mengadakan pertemuan dengan kementerian-kementerian serta pihak berkuasa yang berkaitan bagi mendapatkan perkembangan terbaru insiden pesawat Rusia itu.
Pihak berkuasa penerbangan Rusia Rosaviatsiya turut mengeluarkan satu kenyataan hari ini mengenai nahas itu.
Menurut agensi tersebut, penerbangan 9268 meninggalkan Sharm el-Sheikh pada 6.51 pagi waktu Moscow dan dijangka tiba di Lapangan Terbang St Petersburg Pulkovo jam 12.10 tengah hari.
Pihak berkuasa berkata, pesawat itu gagal membuat hubungan radio yang dijadualkan dengan pusat kawalan trafik udara Cyprus 23 minit selepas berlepas dan hilang daripada radar.
Pesawat model Airbus A-321 baru sahaja berlepas dari Sharm el-Sheikh di Laut Merah, dalam perjalanan ke bandar St Petersburg, Rusia
Topic Berkaitan
#kairo
#Nahas
#nile tv
#pesaat
#Rusia Rosaviatsiya
#sharif ismail
#Sinai
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan