Kemelut politik di Mesir kian meruncing selepas naib presidennya Mahmoud Mekky meletak jawatan pada Sabtu.

Peletakan jawatan Mahmoud itu dilaporkan mempunyai kaitan dengan ketiadaan jawatan naib presiden di bawah drap perlembagaan baru yang dikemukakan.

Mahmoud menjadi tokoh kedua dalam sehari untuk meletak jawatan selepas ketua Bank Pusat Mesir Farouq El-Oqdah.

Mahmouud sebelum ini mendedahkan beliau tidak begitu selesa berkecimpung dalam politik.

Dalam surat peletakan jawatannya, Mahmoud menjelaskan sifar kerja politik tidak secocok dengan latarbelakangnya sebagai seorang hakim.

Beliau pernah menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan bulan lalu namun memutuskan untuk kekal bagi membantu presiden Mohammed Morsi menangani krisis politik yang melanda negara itu.

Berita mengenai peletakan jawatan Mahmoud dan Farouq merupakan tamparan hebat buat Morsi yang terus berhadapan dengan protes jalanan rakyat.