Kes mayat wanita terapung di sungai tiada unsur jenayah - Polis

Mayat wanita berkenaan ditemui terapung di Sungai Gombak, Kuala Lumpur pada Khamis. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Tiada elemen jenayah membabitkan kes penemuan mayat seorang wanita yang ditemukan terapung di Sungai Gombak berhampiran sebuah kondominium di Jalan Ipoh di sini Khamis lalu.
Ringkasan AI
- Jasad wanita ditemui terapung di Sungai Gombak berhampiran kondominium di Jalan Ipoh; tiada unsur jenayah.
- Wanita tempatan berusia 36 tahun itu dikatakan lemas; polis telah merekodkan empat keterangan termasuk dari ibu mangsa.
- Mangsa tidak pulang sejak 17 Disember; dipercayai mengalami kemurungan setelah teman lelakinya dipenjarakan.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan polis menerima laporan kejadian pada jam 11.37 pagi selepas dimaklumkan mengenai penemuan satu mayat terapung di sungai berkenaan.
Siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 36 tahun, tidak bekerja dan menetap di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Mangsa dilaporkan keluar dari rumah sejak 17 Disember lalu dan tidak pulang sehingga mayatnya ditemukan.
Hasil siasatan polis turut mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, namun dipercayai mengalami kemurungan selepas teman lelakinya dipenjarakan berkaitan kes dadah. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah lokasi penemuan mayat wanita berusia 36 tahun tersebut? A: Mayat wanita ditemui terapung di Sungai Gombak berhampiran sebuah kondominium di Jalan Ipoh.
- Q: Apakah punca kematiannya? A: Punca kematian wanita itu adalah akibat lemas; tiada unsur jenayah dalam kes tersebut.
- Q: Berapakah umur wanita yang ditemui terapung di Sungai Gombak? A: Wanita yang ditemui terapung itu berusia 36 tahun.
- Q: Mengapa wanita tersebut dipercayai mengalami kemurungan? A: Wanita itu dipercayai mengalami kemurungan selepas teman lelakinya dipenjarakan berkaitan kes dadah.
- Q: Berapa lama wanita tersebut tidak pulang sebelum mayatnya ditemui? A: Wanita tersebut tidak pulang sejak 17 Disember sebelum mayatnya ditemukan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

