[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Najib, Wan Azizah kutuk serangan di Paris

Astro Awani 14/11/2015 | 02:21 MYT
Serangan di Paris yang mengorbankan lebih 150 nyawa pada Jumaat . - Foto AFP
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai pemimpin dunia lain mengutuk siri serangan kumpulan bersenjata di Paris yang menurut laporan telah mengorbankan lebih 100 nyawa.
"Malaysia mengutuk serangan melampau di Paris hari ini ke atas orang awam yang tidak berdosa. Doa kami untuk rakyat Perancis," kata Najib di laman Twitter beliau.
Perdana Menteri berkata beliau terkejut dengan apa yang berlaku di ibu negara Perancis itu.
"Namun kita mesti kekal bersatu dan tidak berganjak daripada memerangi keganasan," tambah beliau.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Turut menyuarakan rasa dukacita adalah Presiden KEADILAN dan ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menerusi akaun Facebook Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah menyifatkan serangan itu sangat kejam dan dilakukan dengan niat mahu menyemai rasa takut di kalangan masyarakat.
Beliau juga menyatakan rasa simpati dan solidariti untuk rakyat Perancis.

MEDIA STATEMENTCONDEMNATION OF ATTACKS IN PARISThe news of multiple attacks on a restaurant, theatre and stadium in...

Posted by Parti Keadilan Rakyat on
#Barack Obama #David Cameron #Francois Hollande #Mariano Rajoy #Najib Razak #Paris #Perancis #Recep Tayyip Erdogan #Stade de France