LOS ANGELES: Saintis di Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat sedang menguji pendekatan baharu bagi mengesan tsunami melalui deram-derum bunyi guruh di atmosfera, menurut agensi itu pada Rabu, lapor Xinhua.

Teknologi pemantauan untuk mengesan bahaya baharu yang dipanggil GUARDIAN (Rangkaian Maklumat Bencana Masa Nyata Atmosfera Atas GNSS) itu, menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Sistem baharu ini meneliti isyarat untuk mendapatkan petunjuk bahawa tsunami muncul di suatu tempat di Bumi.

Walaupun alat navigasi biasanya berusaha untuk membetulkan gangguan ionosfera, saintis boleh menggunakannya sebagai loceng penggera yang boleh menyelamatkan nyawa, kata seorang saintis di Makmal Pendorong Jet NASA di California Selatan, Leo Martire.

"Daripada membetulkannya sebagai ralat, kami menggunakannya sebagai data untuk mencari bahaya semula jadi," kata Martire.

Objektif jangka panjang GUARDIAN adalah untuk menambah baik sistem amaran awal sedia ada, menurut NASA.

-- BERNAMA