awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nasionalisme vaksin akan perlahankan usaha tamat COVID-19 - WTO

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2021
00:05 MYT
Nasionalisme vaksin akan perlahankan usaha tamat COVID-19 - WTO
Kata Okonjo-Iweala, nasionalisme vaksin akan menghapuskan pertumbuhan ekonomi untuk semua negara kaya dan berpendapatan rendah. - Gambar fail REUTERS
KETUA Pengarah Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) yang baru, Ngozi Okonjo-Iweala memberi amaran nasionalisme vaksin akan memperlahankan usaha menamatkan pandemik COVID-19.
Dalam masa yang sama, bekas Menteri Kewangan Nigeria itu menegaskan, nasionalisme vaksin akan menghapuskan pertumbuhan ekonomi untuk semua negara kaya dan berpendapatan rendah.
Tegas Okonjo-Iweala, tugas utamanya adalah memastikan WHO meningkatkan usaha melawan COVID-19.
Ini termasuk menamatkan sekatan eksport yang ada untuk ubatan dan bekalan kesihatan lain.
Bekas pengarah urusan Bank Dunia itu dilantik sebagai Ketua Pengarah WHO yang baru pada Isnin dan akan bermula tugas pada 1 Mac ini.
Tambahnya, kajian menunjukkan, pengeluaran dunia boleh mengalami kerugian 9 trilion dollar jika negara berpendapatan rendah gagal memulakan program vaksinasi dengan pantas.
Daripada jumlah berkenaan, separuh kerugian akan terjadi di negara kaya.
Tambahnya, antara tugasan utama WTO adalah untuk memastikan vaksin, rawatan dan alat diagnosis boleh diakses secara adil oleh semua negara termasuk negara pendapatan rendah.
Dalam masa yang sama, Okonjo-Iweala menyatakan reformasi badan rayuan WTO seperti yang dicadangkan Presiden Amerika, Joe Biden akan mengambil sedikit masa.
Okonjo-Iweala adalah wanita pertama dan individu pertama dari benua Afrika yang memegang jawatan berkenaan.
Dia percaya kepada kuasa dagangan dalam membantu meningkatkan pendapatan negara berpendapatan rendah.
Topic Berkaitan
#WHO
#COVID-19
#pandemik
#Joe Biden
#vaksin
#WTO
#Ngozi Okonjo-Iweala
#Nigeria
#ekonomi
#bank
#program vaksinasi
#kesihatan
#kerugian
#negara kaya
#kuasa dagangan
#pendapatan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan