awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATO: Turkiye setuju lanjut rundingan dengan Sweden, Finland

Astro Awani
Astro Awani
09/03/2023
23:50 MYT
NATO: Turkiye setuju lanjut rundingan dengan Sweden, Finland
Turkiye bersetuju untuk meneruskan rundingan selepas menerima dan memperkui wujud perkembangan dalam pendekatan yang diambil sebelum ini. - Foto REUTERS
STOCKHOLM: Turkiye setuju melanjutkan rundingan berkaitan keanggotaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dengan Sweden dan Finland.
Ankara mengesahkan kedua-dua negara tersebut mengambil langkah konkrit untuk memenuhi tuntutan mereka.
Menurut Ketua Perunding Sweden, Oscar Stenstrom, Turkiye bersetuju untuk meneruskan rundingan selepas menerima dan memperkui wujud perkembangan dalam pendekatan yang diambil sebelum ini.
"Perkara positif hari ini adalah kami setuju untuk meneruskan rundingan, dan rakan kami Turkiye juga menerima dan memperakui wujud perkembangan dalam pendekatan yang diambil sebelum ini.
"Di pihak kami, kami akui adalah sesuatu yang asas untuk kami menjadi anggota NATO, setahun telah berlalu sejak kami bersetuju di Madrid, yang membuka jalan untuk kami menjadi anggota," katanya.
Sementara itu, jurucakap Presiden Recep Tayyip Erdogan, Ibrahim Kalin mengakui langkah Sweden dan Finland menangani kebimbangan berkaitan keselamatan adalah positif.
Bagaimanapun ia tidak cukup untuk Turkiye meratifikasi keanggotaan mereka dalam NATO.
Sweden dan Finland memohon menganggotai NATO tahun lalu.
Namun, sehingga kini ia berdepan tentangan daripada Turkiye.
Turkiye mendakwa kedua-dua negara melindung anggota Parti Pekerja Kurdistan yang dilabel sebagai pengganas oleh Ankara.
Januari lalu, Turkiye gantung rundingan tiga pihak, susulan kontroversi protes di hadapan kedutaannya di Stockholm.
ia berlaku selepas ahli politik haluan kanan, membakar naskah al-Quran.
Topic Berkaitan
#NATO
#rundingan
#Sweden
#Finland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan