OPERASI mencari bekas pelakon siri muzikal, Glee, Naya Rivera diteruskan di Tasik Piru di selatan California pada Khamis pagi waktu tempatan.

Menurut laporan antarabangsa, tasik itu terpaksa ditutup bagi melancarkan proses pencarian Rivera yang dikhuatiri lemas pada Rabu.

Sebelum ini, anaknya yang berusia empat tahun ditemui berseorangan dalam sebuah bot yang disewa di tasik tersebut.

Pihak berkuasa Ventura County memaklumkan aktres itu menyewa bot tersebut pada jam 1 petang (waktu tempatan).

BACA: Pelakon Glee Naya Rivera hilang di tasik, anak 4 tahun terbiar atas bot

Kira-kira tiga jam kemudian, sebuah bot lain menemukan anaknya dalam bot disewa Rivera, bersendirian, tanpa Rivera di sisinya.

Susulan laporan kehilangan salah seorang bintang utama Glee itu, media sosial dibanjiri dengan ucapan semoga dia ditemui dalam keadaan selamat dan berharap anaknya dalam keadaan baik.