ISTANBUL: Negara-negara Arab mengutuk serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jabalia di utara Gaza pada Selasa hingga menyebabkan ratusan terbunuh dan cedera, lapor Agensi Anadolu.
Arab Saudi menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap kem Jabalia.
Kenyataan itu menegaskan bahawa "mencegah pertumpahan darah, melindungi orang awam dan menghentikan operasi ketenteraan adalah penting dan tidak boleh ditangguhkan.
"Kegagalan untuk mematuhinya akan membawa kepada krisis kemanusiaan dengan Israel dan masyarakat antarabangsa perlu bertanggungjawab."
Sementara itu,Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kenyataan turut mengutuk serangan berkenaan dan menekankan "keperluan gencatan senjata segera untuk mengelakkan pertumpahan darah."
Qatar menggesa masyarakat antarabangsa segera bertindak menghentikan pembunuhan dan kemusnahan.
Kementerian Luar Qatar menjelaskan bahawa insiden itu "meningkatkan ketegangan dan akan menjejaskan usaha rundingan serta mencetuskan lebih banyak ketegangan, keganasan dan ketidakstabilan."
Selain itu, Jordan, Yaman dan Mesir juga berkongsi naratif serupa.
Kementerian Luar Mesir "mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan Israel" dan menyifatkan serangan itu sebagai "pelanggaran secara terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa".
Dalam pada itu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyeru "masyarakat antarabangsa segera campur tangan menghentikan pencerobohan terbabit."
Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit, juga mengutuk pengeboman Israel ke atas kem Jabalia," dan mengulangi gesaannya untuk menghentikan serta-merta operasi ketenteraan di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023
Penduduk Palestin mencari mangsa serangan Israel di kem pelarian Jabalia di utara Semenanjung Gaza, 31 Oktober 2023. -REUTERS
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
Graduan pergigian diangkat sebagai Miss Universe Arab Saudi yang pertama
Model dan graduan pergigian, Rumy Alqahtani menjadi perwakilan sulung negara tanah arab itu di persada global.
Negara Islam, Arab puji keputusan ICJ supaya Israel buka sekatan ke Gaza
Riyadh menyokong kesemua usaha menambah pembekalan bantuan kemanusiaan dengan segera dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza.
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Kame Hame Habibi! - Taman tema Dragon Ball akan dibuka di Arab Saudi
Taman ini akan dibuka di Qiddiya City dengan keluasan 500,000 meter persegi dan bakal mempunyai tujuh ruang bertemakan dunia Dragon Ball.