awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara Asia Pasifik sahkan Deklarasi Bangkok

Bernama
Bernama
27/05/2022
12:05 MYT
Negara Asia Pasifik sahkan Deklarasi Bangkok
Menurut kenyataan ESCAP, deklarasi itu menetapkan agenda bersama untuk memajukan pembangunan mampan di Asia dan Pasifik, berdasarkan bidang keutamaan yang dikenal pasti menerusi rundingan. - BERNAMA
BANGKOK: Sesi ke-78 Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan Pasifik (ESCAP) yang melabuhkan tirainya hari ini, menyaksikan negara-negara Asia Pasifik sepakat untuk mengesahkan Deklarasi Bangkok bagi mempergiat semula kerjasama dan menetapkan agenda pembangunan bersama.
Deklarasi Bangkok bersedia untuk memperbaharui komitmen serantau bagi mempromosikan multilateralisme dan kerjasama antarabangsa, mengukuhkan perkongsian pembangunan mampan serta menegakkan prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Menurut kenyataan ESCAP, deklarasi itu menetapkan agenda bersama untuk memajukan pembangunan mampan di Asia dan Pasifik, berdasarkan bidang keutamaan yang dikenal pasti menerusi rundingan.
"Kerajaan berjanji tidak akan meninggalkan sesiapa di belakang, dan wanita dan belia turut terlibat dalam pembangunan.
"Mereka turut mengesahkan kepentingan perdagangan sebagai enjin pertumbuhan inklusif, melindungi planet ini, meningkatkan ketersambungan serantau dan mengeksploitasi peluang teknologi," menurut kenyataan itu.
Peranan ESCAP akan diperkasa semula sebagai platform pembangunan serantau yang berkesan untuk menangani perubahan dan memenuhi keperluan yang semakin meningkat di rantau itu.
Negara-negara terlibat turut menekankan mengenai perlunya kerajaan mewujudkan ruang fiskal yang mencukupi untuk membolehkan pelaburan lebih besar dalam pembangunan mampan.
Lebih 740 delegasi dari 52 negara anggota dan ahli bersekutu, pemegang taruh dan organisasi antarabangsa menghadiri sesi itu yang diadakan dari 23 hingga 27 Mei di Bangkok.
Tiga resolusi lain yang turut diterima pakai ialah pendaftaran awam inklusif dan statistik penting, pembangunan pengangkutan mampan dan perubahan kepada struktur persidangan ESCAP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asia Pasifik
#ESCAP
#deklarasi bangkok
#Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan