awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
Isu rumah ibadat, protes GARAH perlu ditangani berteraskan semangat perpaduan - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara berpendapatan tinggi perlu bantu program vaksin global - Dr Fauci

Astro Awani
Astro Awani
02/02/2021
01:32 MYT
Negara berpendapatan tinggi perlu bantu program vaksin global - Dr Fauci
Seorang lelaki menunjukkan butang menandakan dia telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di Fenway Park, Boston, 28 Jan, 2021. (Foto AP)
SEKIRANYA negara hanya melindungi rakyat sendiri namun tidak melindungi dunia daripada ancaman virus COVID-19, ini akan menyebabkan pandemik ini berterusan tanpa henti.
Amaran ini diberikan pakar penyakit berjangkit terkemuka Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci, yang melihat kepada program vaksinasi peringkat global.
Katanya, negara kaya mempunyai tanggungjawab untuk membantu program vaksin peringkat global.
"Semestinya kita memerlukan pelaburan besar untuk memperhebatkan lagi pembangunan vaksin bagi memastikan masyarakat di seluruh dunia menerima suntikan.
"Ia memerlukan satu anjakan baharu dan dana yang besar. Negara berpendapatan tinggi wajib turut sama membantu. Ia satu tanggungjawab moral.
"Bukan hanya melindungi negara mereka, tetapi juga perlu melindungi negara lain di dunia ini. Jadi, ia merupakan tanggungjawab bersama sebagai tanda solidariti kemanusiaan," katanya dalam Persidangan COVID-19 Persatuan AIDS Sedunia (IAS) pada Isnin.
Beliau menjawab pertanyaan Profesor Perubatan Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman mengenai bagaimana memastikan kesamarataan pengedaran vaksin peringkat global.
Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berulang-kali menyeru solidariti pengedaran vaksin kepada semua negara agar vaksin nasionalisme dapat dihindari.
Topic Berkaitan
#Anthony Fauci
#negara berpendapatan tinggi
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#COVID-19
#perubatan
#pandemik
#program vaksinasi
#Amerika Syarikat
#kesihatan
#rakyat
#pelaburan
#vaksin
#penyakit berjangkit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan