awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield

Astro Arena
Astro Arena
09/02/2026
01:00 MYT
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
Haaland meraikan kejayaan menjaringkan gol ketika perlawanan EPL antara Liverpool dan Manchester City di Liverpool, England, 8 Feb 2026. (Foto AP)
ERLING Haaland menjaringkan gol sepakan penalti dalam masa kecederaan untuk Manchester City bangkit menewaskan Liverpool 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan pasukan bimbingan Pep Guardiola berkenaan terus memberikan tekanan kepada pendahulu liga, Arsenal.
Gol sepakan percuma gemilang Dominik Szoboszlai pada minit ke-77 kelihatan akan mengesahkan kemenangan buat juara bertahan EPL, Liverpool, tetapi Bernardo Silva kemudian menyamakan kedudukan buat City pada minit ke-84.
Ia sebelum penjaga gol The Reds, Alisson, melakukan kesilapan menjatuhkan Matheus Nunes dalam kawasan penalti pada penghujung saingan.
Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya Haaland untuk menyempurnakan sepakan penalti berkenaan tetapi drama di atas padang belum menemui kesudahan.
Gianluigi Donnarumma melakukan aksi menyelamat cemerlang menafikan percubaan Alexis Mac Allister sebelum Szoboszlai dilayangkan kad merah ketika semakan video bantuan pengadil (VAR) menafikan jaringan Rayan Cherki.
Tiga mata terbaru itu memastikan City kembali dibezakan enam mata dengan Arsenal.
Topic Berkaitan
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester City
#Liverpool
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan