awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara-negara Arab kecam cubaan bunuh Presiden Somalia

Bernama
Bernama
20/03/2025
03:30 MYT
Negara-negara Arab kecam cubaan bunuh Presiden Somalia
Kerajaan Somalia mengesahkan bahawa letupan yang berlaku di Mogadishu pada Selasa merupakan cubaan bunuh Mohamud (gambar) oleh kumpulan al-Shabaab. - Gambar/ Reuters
ISTANBUL: Beberapa negara Arab pada Rabu mengutuk sekeras-kerasnya cubaan bunuh Presiden Somalia, Hassan Sheikh Mohamud sambil menegaskan sokongan terhadap keselamatan dan kestabilan negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Kerajaan Somalia mengesahkan bahawa letupan yang berlaku di Mogadishu pada Selasa merupakan cubaan bunuh Mohamud oleh kumpulan al-Shabaab.
Menurut Kementerian Penerangan Somalia, konvoi presiden diserang sekitar 10.32 pagi waktu tempatan (0732GMT) di daerah Xamar-Jajab, Mogadishu, ketika beliau dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Mogadishu.
Kumpulan itu mengaku bertanggungjawab atas serangan terbabit, mendakwa mereka menyasarkan konvoi presiden yang menuju ke lapangan terbang.
Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan berkenan menghubungi Mohamud pada Rabu bagi menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan rakyat Somalia serta mendoakan kesembuhan segera bagi yang tercedera, menurut laporan Agensi Berita Emiriah (WAM).
Kementerian Luar Qatar pula menegaskan pendiriannya menentang keganasan dalam apa jua bentuk, selain menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta kerajaan dan rakyat Somalia.
Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Sufyan Qudah mengecam sebarang bentuk keganasan politik, terutamanya yang menyasarkan pemimpin awam dan politik.
Mesir, Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, Yaman dan Palestin turut mengecam serangan terbabit, menegaskan sokongan padu mereka terhadap Somalia dalam menangani keganasan dan mengekalkan kestabilan negara itu.
Liga Arab menyifatkan serangan itu sebagai "serangan terang-terangan", menyeru masyarakat antarabangsa untuk memperhebat usaha membanteras pembiayaan keganasan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hissein Brahim Taha turut mengutuk "tindakan keji" itu dan menzahirkan solidariti bersama Somalia dalam usaha menentang keganasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hassan Sheikh Mohamud
#Presiden Somalia
#cubaan bunuh
#Arab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan