Skip to main content

Dunia

Netanyahu, anggota kabinet dan ribuan warga Israel hadir di kawasan Tembok Barat

A drone view of Jewish worshippers taking part in Slichot, a prayer in which Jews offer repentance and ask God to forgive their sins, ahead of Yom Kippur, the Jewish day of atonement and the holiest day in the Jewish calendar, at the Western Wall in Jerusalem's Old City, September 18, 2026. REUTERS/Ilan Rosenberg
Menurut Pejabat Gabenor Baitulmuqaddis Palestin, kumpulan berkenaan memasuki kawasan tersebut di bawah kawalan ketat pasukan keselamatan Israel selepas melalui Jalan Al-Wad di Kota Lama. -Gambar Reuters
Advertisement

BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bersama beberapa anggota kabinet dan ribuan warga Israel dilaporkan berada di kawasan dataran Tembok Barat di timur Baitulmuqaddis pada Ahad.

Menurut Pejabat Gabenor Baitulmuqaddis Palestin, kumpulan berkenaan memasuki kawasan tersebut di bawah kawalan ketat pasukan keselamatan Israel selepas melalui Jalan Al-Wad di Kota Lama.

Perkembangan itu berlaku susulan gesaan beberapa kumpulan Yahudi untuk mengadakan upacara keagamaan di kawasan Pintu Rahmat (Bab al-Rahma), salah satu pintu masuk ke kompleks Masjid Al-Aqsa.

Kehadiran kumpulan berkenaan berlaku ketika ramai penduduk Palestin berada di kawasan sekitar bagi menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa serta menjalankan aktiviti perniagaan di Kota Lama.

Pejabat Gabenor Baitulmuqaddis Palestin turut menggesa umat Islam untuk terus meningkatkan kehadiran di Masjid Al-Aqsa menjelang sambutan hari suci Yahudi, Yom Kippur, yang dijadual bermula pada 21 Sept.

Sebelum ini, beberapa kumpulan Yahudi menyeru penyokong mereka berhimpun berhampiran Pintu Rahmat bagi mengadakan ritual Selichot sempena musim perayaan tahunan yang sedang berlangsung.

Sementara itu, Pentadbiran Waqaf Islam Baitulmuqaddis menegaskan bahawa Tembok Al-Buraq, yang dikenali oleh masyarakat Yahudi sebagai Tembok Barat, merupakan sebahagian daripada tembok luar kompleks Masjid Al-Aqsa dan kekal sebagai tapak suci umat Islam.

Menurut sumber Palestin, sejak 2003 pihak polis Israel membenarkan pelawat bukan Islam memasuki kompleks Masjid Al-Aqsa menerusi Pintu Maghariba, meskipun perkara itu terus mendapat bantahan daripada pihak Palestin dan Pentadbiran Waqaf Islam.

Must Watch Video

Advertisement